Aku nak payung pegawai-pegawai di PPD, JPN dan KPM yang bersembunyi dan ada yang berterus terang menyokong pembangkang. Bila aku bersembang dengan kawan-kawan yang bekerja di PPD. Mereka beritahu aku bahawa kebanyakan guru-guru agama di sekolah dan PPD adalah penyokong pembangkang. Yang sedihnya, kata kawan aku. Guru agama yang terang-terang menyokong pembangkang dilantik pula sebagai pegawai di PPD. Huuh, lega banyaklah para ustaz ini. Pasal apa? Ibarat kata pepatah Melayu, "orang mengantuk disurung bantal".
Jika ustaz ini berada di sekolah, mereka tidak boleh bergerak bebas. Sebelum jam 7.30 pagi mereka sudah berada di sekolah. Kadang-kadang sebelah petang mereka kena datang pula ada kegiatan kokurikulum. Tapi di PPD kata kawan aku ini ustaz-ustaz ini masih berpeluang lagi untuk memberi tazkirah atau pun kuliah subuh di masjid atau di surau. Malam pula boleh beri ceramah/kuliah maghrib di merata-rata masjid dan surau. Boleh kata setiap malam, jadual ustaz ini padat. Jika ustaz ini di sekolah dia terpaksa periksa buku budak dan merancang soalan untuk ujian dan peperiksaan. Tapi di PPD, ustaz tak perlu lagi fikir bab budak-budak di sekolah. Selepas kuliah subuh, jika lambat sikit bolehlah melawat sekolah-sekolah yang berdekatan. Selepas melawat sekolah, baru ke pejabat. Kerja senang banyak. Aku lihat ustaz macam ini lebih banyak masa untuk aktiviti luar (berceramah/beri kuliah) daripada memikirkan tentang pendidikan anak-anak di sekolah.
Bila ustaz diberi peluang bekerja di pejabat seperti kita beri peluang untuk dia menyampaikan mesej parti sokongannya melalui tazkirah dan ceramah-ceramah agama yang disampaikannya. Inilah yang berlaku di sesetengah PPD dan JPN. Cuba lihat mesti ada, cuma rakan-rakan PPD tidak mahu heboh. Ada pula yang pandai bersembunyi di sebalik kata-kata. Siang sokong kerajaan pusat tapi malam bergerak secara diam-diam ke surau atau masjid menyampaikan mesej parti. Kata kawan aku semasa dia mengikuti kursus di IAB (tak payah sebut IAB mana?) dengan kalangan kawan-kawan pegawai-pegawai PPD, dia lihat masa rehat (take 5), Harakah Daily jadi tumpuan ramai di laptop masing-masing. Ada juga kawan-kawan yang buka Utusan Malaysia dan Berita Harian tapi lebih ramai Harakah Daily. Tapi apa KPM buat jadi semacam ini? Aku kasihan kawan-kawan yang jadi penyokong kuat UMNO/BN terperap di sekolah manakala penyokong2 pembangkang selesa berada di PPD/JPN. Jika tak percaya kata kawan aku itu, dia boleh senarai siapa dan berapa ramai yang sokong pembangkang. Kenapa jadi begini? Salah siapa? Nasib baiklah kerajaan BN tidak zalim seperti mana PAS gemburkan. Kalau PAS yang jadi kerajaan pusat, kita percaya PAS akan pastikan Pengarah, Ketua2 Jabatan, Pegawai PPD/JPN mestilah pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong PAS. Jika tak percaya mari kita cuba alihkan kerajaan pusat daripada BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU yang akan datang. Ada berani?

ASSALAMUALAIKUM....SALAM PERJUANGAN TUAN....
ReplyDeleteSAYA LINKKAN BLOG TUAN DI BLOG SAYA...MOHON LINKKAN BLOG SAYA DALAM SENARAI BLOG TUAN
Insyaallah saya akn linkkan sekarang juga. Tkasih.
ReplyDelete