"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Wednesday 13 February 2013

DAP akan memerintah Malaysia jika Melayu berpecah belah!

Cina Pulau Pinang lebih bijak berpolitik daripada orang Melayu. Orang Cina boleh memerintah Malaysia jika orang Melayu asyik bergaduh sesama sendiri. Orang Cina tidak fanatik kepada parti sehingga bangsa dan kaum keluarga mereka berpecah belah. Mereka berpolitik untuk menjaga kepentingan masa depan mereka. Orang Cina boleh pangkah MCA dalam PRU13 ini dan mereka juga boleh memangkah DAP PRU yang akan datang.

Sebenarnya kaum Cina rata-rata lebih suka kerajaan PR terutama yang dikuasai oleh DAP. Walaupun Guan Eng bukan penduduk asal Penang tapi Guan Eng bijak berpolitik untuk menjaga hati orang-orang Cina. Dia tak perlu jaga hati orang Melayu sebab orang Melayu sendiri berpecah belah sesama mereka. Oleh itu dia hanya jaga hati pengundi-pengundi Cina. Itu sebabnya dalam majlis sambutan Hari Krismas dia mendesak kerajaan persekutuan meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh gereja walaupun dia tahu isu kalimah Allah sangat sensitif kepada orang Islam.

Walupun ratusan demo dan laporan polis dibuat, Guan Eng tetap tidak akan memohon maaf. Memohon maaf bermakna dia akan kalah. Sebaliknya orang Melayu sendiri yang berpecah belah. Satu puak menyokong Guan Eng seolah-olah cadangan itu terkeluar dari mulut seorang ulamak dan satu puak lagi menentang kebanyakan dari UMNO serta beberapa kerat dari puak PAS. Inilah realiti yang berlaku dalam politik orang Melayu dan Cina.

Yang pasti, Cina akan dapat kelebihan dalam isu ini. Yang pasti UMNO mahupun PAS akan rugi dan menderita andaikata DAP terus berkuasa dalam PRU yang akan datang. Alhamdulillah, akhir-akhir ini golongan ulamak muda dan senior, guru-guru sekolah pondok dan NGO-NGO berteraskan Islam telah berani tampil menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN secara terbuka. 

Ini bermakna orang Islam hanya boleh menyokong UMNO/BN atau menyokong PAS bagi memenangi DAP. Rakyat umum mengetahui jika menyokong BN, jika BN menang dan yang mempunyai kuasa majoriti adalah UMNO. Sebaliknya jika sokong PAS, dan jika PR yang menang tapi yang mempunyai kuasa adalah DAP bukan PKR mahupun PAS.

Ustad Kazim telah melahirkan rasa bimbang mengenai perkara ini hingga beliau sendiri secara terbuka meminta orang Islam menyokong kerajaan sedia ada kerana kerajaan sedia ada suda mampu dan terbukti dapat menjaga agama Islam. Katanya lagi jika kerajaan baru yang memerintah berdasarkan pengalaman yang kita sedang lihat, Islam akan menuju kehancuran. 

Oleh itu, umat Islam perlu berfikirkan semasak-masaknya. Jangan ikut nafsu dan jangan percaya kepada fitnah orang yang masih mengatakan UMNO mengamalkan kronisme, rasuah dan sebagainya. UMNO hari ini sudah banyak berubah melalui kepimpinan DS Najib. Berfikiran terbuka jangan ikut hawa nafsu amarah anda!