"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Sunday, 6 November 2011

Isu mengurangkan kakitangan awam: Sikit-sikit pendirian peribadi pemimpin pembangkang!

Pas menganggap kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua juga selaku Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara bahawa parti itu akan mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien hanyalah bersifat peribadi.
Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali begitu bimbang kenyataan Tony Pua itu hinggalah beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa parti pembangkang tidak pernah membuat ketetapan mengenai perkara itu dalam mana-mana mesyuarat atau pertemuan. Erti kata lain kenyataan Tony Pua itu bukan pendirian rasmi pihak pembangkang.
Begitulah situasi sebenar pendirian pembangkang. Berapa banyak kenyataan bersifat pendirian peribadi yang sudah kita baca dan dengar. Sikit-sikit pandangan peribadi bukan pendirian rasmi parti pembangkang. Sudah pasti pendirian peribadi akan jadi pendirian rasmi selepas Pakatan Rakyat memerintah negara. Begitulah sebenarnya.
Nak tahu Tony Pua bercakap akan mengurangkan kakitangan awam semasa berada dalam majlis yang dihadiri oleh kaum Cina. Tony Pua memang pemimpin DAP yang rasis kerana mahu kurangkan kakitangan kerajaan yang majoritinya adalah Melayu. Suatu tindakan cuba menyekat peluang orang Melayu yang masih ada. Orang Melayu tidak diberi peluang bekerja sebagai manager, eksekutif manager, supervisor di kilang-kilang atau industri yang dikuasai oleh mereka. Pekerja-pekerja muda Melayu hanya sebagai operator pengeluaran atau kuli semata-mata. Apakah akan jadi bila kakitangan awam pula hendak dikurangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal memerintah selepas PRU13 nanti. Akan mati kelaparanlah keluarga-keluarga Melayu di Malaysia ini semasa pemerintahan Pakatan Rakyat.
Perlu ingat Tony Pua merupakan Ketua Penerangan DAP Pusat, dia bukan pemimpin peringkat negeri atau bahagian. Dia merupakan pemimpin tertinggi dalam DAP Pusat dan Pakatan Rakyat. Lumrahnya pandangan pemimpin di peringkat inilah yang akan menjadi dasar parti yang memerintah. Oleh itu pandangan Tony Pua walaupun bersifat peribadi tetapi amat membimbangkan kita orang-orang Melayu jika PR memerintah. Di sini orang Melayu perlu sedar, masih banyak pandangan dan pendirian pemimpin DAP dan PKR tidak selari dengan jiwa orang Melayu.
Kita cabar Tony Pua laksanakan dulu dasar mengurangkan kakitangan awam dalam kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita akan lihat apa akan berlaku? Apakah orang Melayu terus berdiam diri dan membisu dan membiarkan kerajaan PR merosakkan imej dan prestasi perkhidmatan awam yang semakin bertambah baik pada hari ini di bawah pentadbiran BN. Tony Pua jangan main sentimen kaum dalam berpolitik. Orang Melayu memang tahu DAP sebuah parti rasis yang menjaga kepentingan kaum Cina cuma masih ada Melayu PAS dan PKR yang masih tidak sedar dan rela melihat bangsanya tertekan dan agama Islamnya dihina.

No comments:

Post a Comment