"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Saturday 5 November 2011

PAS akan bawa hukum hudud ke parlimen Malaysia?

Memang sah pemanggil semalam dalam program Bicara Rakyat TV1 jam 10.00 semalam merupakan seorang pembangkang yang emosional dan taksub. Tanpa segan malu seolah-olah dia yang betul mendakwa UMNO bersalah kerana tidak menerima hukum hudud menjadi punca orang Islam berpecah. Dari persoalan itu jelas kepada kita pemanggil itu merupakan seorang ahli atau pun mungkin seorang pemimpin PAS dari Sabah.
Moderator Bicara Rakyat semalam Syed Munawar telah menyerahkan kepada ahli panel Dato' Hassan Ali mengupas isu tersebut. Dato' Hassan Ali amat tidak bersetuju dengan tuduhan yang disifatkan sebagai beremosi oleh pemanggil itu. Jika seperti inilah kata Dato' Hassan Ali, bagaimana dapat kita menyatupadukan ummah. Tuduhan dan dakwaan secara kasar atau tidak berhemah inilah punca kepada perpecahan, kata Dato' Hassan Ali. Manakala Dato' Zulkifli Noordin pula mengupas bahawa bukan setiap hukum perlu dilaksanakan. Zaman Rasulullah S.A.W pun, baginda tidak melaksanakan hukum hudud pada waktu perang kerana bimbang akan kehilangan tenteranya. Maksudnya hukum hudud boleh dilaksanakan tapi hendaklah sesuai dengan keadaan pada masa itu.
Tapi masalahnya PAS tidak serius untuk melaksanakan hukum hudud. Hukum hudud hangat diperkatakan oleh PAS bila menjelang setiap pilihanraya umum. Inilah pengalaman yang kita lalui dalam beberapa pilihanraya yang lalu. Apabila PAS berjaya menawan Terangganu, MB Terengganu ketika itu, TG Haji Hadi Awang menegaskan bahawa hukum hudud cuma 0.001% daripada undang-undang syariah. Inilah muktamad cerita hukum hudud dalam PAS sebagai jawapan kepada rakyat yang bangkit mendesak kerajaan PAS melaksanakan hukum hudud seperti mana janji PAS dalam pilihanraya dulu.
Jangan salahkan UMNO bila PAS sendiri merendah-rendahkan kepentingan hukum hudud. TG Haji Hadi jangan lupa, angka 0.001% yang terpacul dari mulutnya sendiri menyebabkan ahli-ahli PAS menjadi semakin senyap bercakap pasal hukum hudud. Kita masih ingat, setiap kereta penyokong-penyokong PAS akan ada stiker bertulis "KAMI SOKONG HUDUD". Tapi stiker seperti itu sudah tidak kelihatan lagi. Kenapa begitu?
Mengapa pula kerajaan PAS Kelantan setelah memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan enakmen kerajaan negeri Kelantan telah pun meluluskan hukum hudud di Kelantan dengan perkenan Raja Kelantan tapi masih menyalahkan UMNO.
Tun Mahathir bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Malaysia sekarang ialah Dato' Seri Najib. Pemimpin yang berani menghadapi cabaran semasa dan berani membuat pelbagai transformasi. Jika begitu, pemimpin PAS tidak perlu lagi membuang masa dan berpolitik dengan isu ini. Siapa yang tolak hukum hudud? DAP atau UMNO yang menolak hukum hudud? Atau PAS sengaja mahu hukum hudud dijadikan isu politik pilihanraya?
Bagi merungkai persoalan di atas, PAS mempunyai 22 ahli parlimen (seorang ahli telah meninggal dunia). Diketuai oleh YB Dato' Seri Haji Hadi Awang juga merupakan Presiden PAS boleh mengusulkan cadangan hukum hudud untuk dibahaskan dan diluluskan oleh parlimen. Di situ ahli-ahli PAS boleh mengemukakan cadangan sekurang-kurangnya perlembagaan persekutuan membenarkan hukum hudud dilaksanakan di negeri masing-masing. Biarlah rakyat yang menjadi saksi siapa yang mahu, siapa yang tidak mahu dan siapa pula yang mahu hukum hudud hanya jadi isu politik pilihanraya. Jika seorang pun ahli Parlimen PAS tidak berani membawa usul hukum hudud di parlimen, ini bererti PAS sendiri mahukan hukum hudud menjadi isu politik dalam pilihanraya yang akan datang. Oleh itu ahli parlimen PAS yang berjumlah 22 orang ke semuanya, apa tunggu lagi? Jika tidak mampu atau takut membawa usul hukum hudud ke parlimen maka jangan lagi menuduh UMNO menolak hukum hudud dalam ceramah-ceramah politik dan juga ceramah agama mereka. Yang sebenarnya PAS tidak serius, 0.001% itu adalah benar. Oleh itu hukum hudud hanya mahu dijadikan isu politik oleh PAS dalam musim pilihanraya.

No comments:

Post a Comment