"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Thursday 15 November 2012

Siri Ceramah Pemidato Hebat di Teluk Kumbar!



(1) CERAMAH POLITIK ISU SEMASA


 

OLEH
USTAZ MOHD NOR DERIS
(BEKAS AJK DEWAN TERTINGGI PAS PUSAT)
TARIKH: 16 NOV. 2012 (JUMAAT)
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN PERDA TELUK KUMBAR, PULAU PINANG






(2)
CERAMAH " BERSATU UNTUK MENYELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM"
OLEH
DATO' HASAN MOHD ALI
BEKAS PESURUHJAYA PAS SELANGOR / NAIB PRESIDEN PAS PUSAT
TARIKH: 17 NOV. 2012 (SABTU)
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: DATARAN KG. SULUK, TELUK KUMBAR, PULAU PINANG

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

MENARIKNYA CERAMAH-CERAMAH INI AKAN DISAMPAIKAN OLEH PEMIDATO YANG MEMANG HEBAT DARI MANTAN PEMIMPIN PAS SENDIRI. TOKOH-TOKOH INI BUKAN CALANG-CALANG ORANG. MEREKA BUKAN KETUA CAWANGAN PAS, DAN BUKAN JUGA KETUA KAWASAN PAS BALIK PULAU SEBALIKNYA TOKOH-TOKOH INI PERNAH MEMEGANG JAWATAN TERTINGGI PAS PUSAT BEBERAPA TAHUN LAMANYA. 
ELOKLAH KITA UMAT ISLAM JANGAN KIRA PARTI, MENGHADIRKAN DIRI UNTUK MENCARI KEADILAN DAN KEBENARAN DALAM MENGHADAPI CABARAN PRU 13 AKAN DATANG!

Tuesday 2 October 2012

Ini jawapan fitnah terhadap GAPS!

Pakatan Haram terutamanya di Selangor sudahpun mula panas dengan pembongkaran-pembongkaran yang dilakukan oleh Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah membuat strategi kotor mereka dengan memfitnah GAPS. Fitnah berkenaan disiarkan di Selangor Kini, sebuah buletin Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan wang Rakyat. Berikut adalah jawapan balas yang diberikan oleh Saudara Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS yang juga merupakan sahabat blogger terawal yang CTS kenali.
Khabar Fitnah, Tohmah dan Mehnah terhadap GAPS
Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor.
Terbaru ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan pkr Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guaman saya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.
Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen pkr yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan. Yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen pkr ini.
Saya amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media. Tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkan saya agar saya tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.
Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat.
Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.
Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan dimahkamah.
Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).
Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi “budak suruhan politik” yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.
Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim.
Yang Benar
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 Okt 2012

Monday 10 September 2012

Sin Chew Daily bikin DAP jadi hot!



Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’ Sinchew Daily 28 Ogos 2012.
Sumber: GAP

Sunday 19 August 2012

Warkah ahli PAS kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa

SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA
UNTUK USTAZ NASHA!!!
by : aloq laloq.

Assalammualaikum,

Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh  bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.

Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat  namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita.

Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah.  Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia  bernama Karpal Singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi  sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu.

Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini.

Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan PAS ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar.

Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu DAP!

Amin Ya Rabbal Alamin.
Asalammualaikum.

Sunday 8 July 2012

Salahkan UMNO kerana pemimpin UMNO tak turun padang!

UMNO jadi sasaran. Semua disebabkan UMNO. Dahi Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang luka dan berpelaster juga salahkan UMNO/BN. Anwar Ibrahim dituduh meliwatkan Saiful juga kerja UMNO. Pintu pejabat DAP Pulau Pinang terbakar juga salahkan UMNO. Demontrasi-demontrasi jalanan NGOs di Pulau Pinang juga salahkan UMNO. Malahan tindakan pihak PDRM meleraikan peserta-peserta demontrasi Bersih 3.0 baru-baru ini juga salahkan UMNO. Pertemuan jam 3.00 pagi di salah sebuah bilik hotel di Kuantan Pahang antara ustaz Badrol Amin dengan isteri orang juga dikatakan konspirasi UMNO.
Jadi pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah PM sendiri, tiada kerja lain. Setiap masa pemimpin UMNO dan BN asyik membincangkan apakah tindakan atau perbuatan provokasi seterusnya untuk menjatuhkan maruah pemimpin PAS, DAP dan PKR. Yang peliknya, pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa pula turun padang berjumpa rakyat. Masa mana pula pemimpin-pemimpin UMNO/BN duduk merancang konspirasi?
Jika tuduhan konspirasi itu dihala kepada pemimpin PAS, DAP dan PKR rasanya lebih tepat. Kerana apa? Selepas PRu12 dulu, kebanyakan pemimpin dan wakil rakyat pembangkang tak turun padang. Kebanyakan mereka berceramah politik sepanjang hari. Hidup mati mereka kerana politik. Malahan PAS sanggup meninggalkan tugas dakwah sebaliknya mengejar ke Putarajaya. Golongan ulamak dalam PAS sudaj jadi bingung dengan dasar perjuangan PAS yang selalu berubah-ubah. Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan sendiri dengan berani menegur PAS dan mengingatkan PAS agar kembali kepada perjuangan asal. Utamakan dakwah bukan Putrajaya tu! Orang ramai terutama orang Melayu mesti sedar bahawa PAS tak mampu memimpin DAP atau mentarbiah DAP sebaliknya DAP yang berjaya mertabiah PAS hingga PAS sanggup mengorbankan prinsip perjuangan PAS asalkan pemimpin PAS sama-sama memerintah Malaysia. Fikirlah baik-baik demi masa depan bangsa, agama dan negara!

Friday 22 June 2012

Keluarga Memali perlu pembelaan dari pimpinan PAS!

Pas tidak layak bercakap mengenai hasrat menubuhkan negara berkebajikan sekiranya nasib serta masa depan 14 keluarga yang terlibat dalam peristiwa Memali masih belum mampu dibela sehingga kini.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kubur yang menempatkan jenazah mereka yang terbunuh dalam peristiwa itu juga terbiar dan tidak terjaga.
Malah, apa yang lebih menyedihkan katanya, tabung Memali yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit bagi menjaga kebajikan balu-balu di Memali tidak sampai kepada pihak sepatutnya.
"Perkara ini didedahkan sendiri seorang aktivis Pas yang dipanggil Cikgu Non atau nama penuhnya Zainon Ismail atau juga dikenali dengan nama pena, C.N Al-Afghani.
"Beliau pernah mengarang sebuah buku bertajuk Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali, namun buku ini dihalang penjualannya oleh Pas berikutan pendedahan yang dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Debat Rakyat: Menentang Amalan Jahiliah di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, malam tadi.
Buku tersebut mengundang kontroversi apabila penulisnya mendedahkan wujud penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh Pas.
Akibatnya, seperti ada arahan rasmi buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010.
Menyentuh isu sama, Zulkifli turut mempersoalkan taraf mati syahid yang dianugerahkan pemimpin Pas ketika itu kepada Ibrahim Libya serta rakan-rakannya yang terbunuh dalam peristiwa tersebut.
Katanya, ekoran pengiktirafan 'mati syahid' itu, jenazah Ibrahim Libya serta rakan-rakannya yang lain tidak dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Sedangkan tambah beliau, Ibrahim Libya turut membunuh anggota polis yang seagama dengannya dalam peristiwa tersebut.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli meminta rakyat menolak kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sememangnya tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Seperti saya katakan sebelum ini, Anwar merupakan penyokong fahaman pluralisme yang mana ia jelas bertentangan dengan Islam serta pendirian Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
"Anwar juga sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Ia menjadi sebab mengapa saya menentang beliau dan kemudian terus dipecat daripada parti," katanya.
Berdasarkan fahaman pluralisme, Zulkifli berkata, Anwar pernah menyatakan bahawa semua agama di dunia ini adalah sama.
"Kenyataan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada agama lain yang boleh mengatasi Islam dan itu jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis.
"Agama di sisi Allah SWT hanya Islam sahaja," katanya.

Monday 28 May 2012

DAP lantang bila Melayu berpecah belah!

Pemimpin DAP semakin berani kerana mereka tahu politik orang Melayu semakin lemah. Pemimpin DAP bersifat semakin angkuh apabila mengetahui bahawa PAS merupakan antara parti terbesar orang Melayu kuat menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Pemimpin DAP bertambah sombong lagi bila berjaya menjinakkan PAS yang ekstrim suatu masa dahulu kini lebih liberal dan moderate daripada UMNO. Banyak perkara yang boleh dijadikan contoh betapa liberalnya perjuangan PAS hari ini. 

PAS DULU
Cuba ahli-ahli PAS, PKR dan DAP Melayu serta mereka yang berada di atas pagar lihat dengan mata dan dibantu dengan akal fikiran yang waras. Tak perlu kita lihat lebih jauh. Cukup semasa zaman pemerintahan parti PAS di bawah Presidennya TG Haji Hadi Awang. Amanat Haji Hadi Awang antara punca utama umat Islam berpecah antara satu sama lain. Orang UMNO sewenang-wenangnya dikafirkan. Sembelihan dan masakan orang UMNO hukumnya haram dimakan. Jurunikah dari kalangan orang UMNO tidak sah. Solat di masjid berlaku dua imam. Biasanya ahli-ahli PAS tidak mahu berimamkan dengan imam orang UMNO dan sebaliknya ahli-ahli UMNO pula tidak kisah dengan hal imam. Kenduri kahwin dan kematian orang UMNO diboikot.

Kebanyakan ahli-ahli PAS dengan bangganya menjadi ahli parti syurga. Di kereta dan motorsikal akan dipamerkan kata-kata semangat dan dasar parti PAS seperti " KAMI SOKONG HUDUD", "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", DAN KEPIMPINAN BERSAMA ULAMAK". Di dalam bilik tidur dan di belakang pintu rumah akan terpampang besar potret  Tok Guru Nik Aziz, ulamak kesayangan mereka. TGNA merupakan ulamak PAS yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh mengelirukan umat Islam kebanyakan.

 PAS SEKARANG
 Membenarkan orang kafir membaca al-quran dan menterjemahkan mengikut kefahaman mereka di atas pentas politik yang dihadiri oleh kebanyakan ahli-ahli PAS. Sebaik pemimpin kafir DAP membaca ayat suci al-Quran dengan bacaan 100% lintang pukang, ahli-ahli PAS tertawa gembira seolah-olah memuji kehebatan dan setuju dengan politik menggunakan ayat suci al-Quran di kalangan orang kafir.

Manakala YB Khalid Samad digelar sebagai Khalid Gereja kerana sanggup mengunjungi gereja kerana politik. Khalid Samad nak tunjuk kepada orang kristian bahawa PAS merupakan parti yang begitu liberal dan tidak ekstrim seperti yang dahulu. Pemimpin PAS boleh berada dalam gereja.

Mungkin kerana dasar perjuangan PAS semakin liberal itu maka penggunaan kalimah Allah dibenarkan oleh sesetengah pemimpin utama PAS. Dalam isu kalimah Allah nyata dan jelas berlaku percanggahan antara pemimpin PAS sendiri. Ada yang menyokong dan ada yang menentang keras penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.

Ahli-ahli PAS telah dibuka seluas-luasnya kepada bukan Islam hingga tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP) dalam tahun 2004. Oleh kerana PAS cuba menarik golongan muda adalah dicadangkan pelancaran Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) dalam tahun 2009. Sehingga hari ini, kemunculan KPP dan KPMP hanya sekadar retorik PAS menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS untuk semua. Suara-suara KPP semakin tenggelam kerana banyak permintaan KPP tidak dapat dipenuhi kerana bertentangan dengan dasar perjuangan PAS.

Kepimpinan ulama dalam PAS semakin berkubur. Suara ulama dalam PAS semakin lenyap. Yang masih kedengaran adalah ulamak politik seperti TG Nik Aziz, TG Haji Hadi Awang, Ustaz Ahmad Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam pemilihan muktamar PAS yang lalu, majoriti perwakilan PAS telah menunjuk jalan keluar beberapa pemimpin ulama PAS. Ustaz Nasaruddin Mat Isa ditentang oleh Mat Sabu. Walaupun Mat Sabu pernah terlibat dengan isu moral tapi boleh mengalahkan seorang ulama PAS yang juga bekas Naib Presiden PAS. 

Muzakarah dengan UMNO ditolak. Sedangkan UMNO menerima pelawaan muzakarah oleh PAS dengan hati yang ikhlas demi untuk perpaduan dan kepentingan umat Islam.  Bagi menjaga kepentingan politik PAS dan hati rakan dalam PR, maka muzakarah dengan UMNO ditolak oleh PAS. Inilah wajah PAS sebenarnya yang jelas menyanggahi perintah Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud, " Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai...". Dalam kepimpinan PAS sendiri wujud percanggahan pandangan isu muzakarah di peringkat awalnya. Ada pemimpin PAS yang bersetuju dengan bersyarat dan ada yang tidak bersetuju. Sebaliknya keseluruhan pemimpin UMNO menerima muzakarah tanpa syarat bukan kerana UMNO kelihatan semakin lemah tetapi UMNO melihat umat Islam semakin berpecah maka terpikullah tanggungjawab menyatupadukan umat Islam seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Jika ada tokoh agama lain menyeru ke arah kebaikan mungkin sedikit tempias terkena kepada batang hidung pemimpin PAS maka tokoh agama itu dicerca dan dilabel pelbagai yang tidak sepatutnya. Ada mufti yang digelar anjing UMNO sedangkan mufti berkenaan bercakap atas kapasiti mufti yang bertanggungjawab atas hal ehwal agama dalam sesebuah negeri berkenaan. Selama ini pun kita tidak mendengar Haraqah Daily mengeluarkan kata maaf oleh pemimpin PAS sendiri. Sebaliknya mereka ini walaupun digelar ulama tetapi bersifat angkuh mempertahankan ahli-ahli PAS.

Sebenarnya sudah ada trend mendiamkan diri di kalangan ulama PAS yang jujur kepada perjuangan PAS yang asal. Namun tidak kurang pula ada yang berani dan bangkit melawan arus seperti Pendakwah Bebas, ustaz Khazim Elias, Tok Guru Lah, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Hassan Ali dan bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz Noordin. Malahan sudah ada pun bekas ahli-ahli Dewan Ulama PAS, bekas timbalan pesuruhjaya PAS dan sahabat baik TG Nik Aziz mengisytiharkan diri meninggalkan PAS sebaliknya menyertai UMNO. Kenapa ini boleh berlaku? Apakah tokoh-tokoh agama yang meninggalkan PAS itu sanggup meninggalkan syurga yang dijanjikan oleh TG Nik Aziz? 

Mungkin ulama-ulama yang meninggalkan perjuangan PAS itu takut diri mereka tergolong sebagai ulama al-Su'. Ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama. Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahayanya ulama’ jahat ini melalui sabdanya “Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’. Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain. Kita mesti dapat membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat. Ulamak politik dengan ulama pewaris Nabi.

RUMUSAN
Orang Islam di Malaysia perlu bersatu. Perpecahan umat Islam merupakan cita-cita besar kaum Yahudi dan Nasrani. Sebelum terlambat, orang Melayu yang juga orang Islam mengikut perlembagaan persekutuan perlu berfikir sedalam-dalamnya. Orang Melayu/Islam merupakan majoriti penduduk di Malaysia. Orang Melayu/islam sepatutnya kuat menuntut haknya sebagai pribumi di Malaysia ini. Sebaliknya suara Melayu semakin layu dan suara umat Islam semakin tenggelam kerana umat Melayu/Islam di Malaysia berpecah sesama sendiri.
 
Bangsa yang kuat akan jadi lemah jika berpecah. Oleh itu marilah kita umat Melayu/islam bersatu di bawah pemerintahan orang Melayu/Islam yang terbukti pernah berjasa dan banyak membela nasib bangsa, agama dan negara tidak lain dan tidak bukan adalah parti keramat UMNO.
Andaikata Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 alamatnya satu malapetaka dahsyat telah menimpa umat Islam di Malaysia ini. PAS hanya parti kecil dalam PR. Suara PAS tidak kemana dalam PR yang majoritinya ahli-ahli Yang Berhormatnya bukan Islam. Dalam PKR pun ramai bukan Islam apatah lagi dalam DAP.
Jangan tunggu nasi sudah jadi bubur. Lihatlah di keliling anda sekarang, apakah nasib orang Melayu terbela di Pulau Pinang dan Selangor? Pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di negeri pemerintahan PR. Maksiat berleluasa. Pemimpin utama mereka bercakap tak serupa bikin. Banyak muslihat daripada nasihat. Banyak tipu helah untuk menyelamatkan kuasa yang ada. Hari ini majoriti rakyat sudah sedar bahawa mereka tersilap beri undi dalam PRU yang lalu. Mereka tidak sabar lagi untuk mengembalikan kuasa pentadbiran kepada BN/UMNO yang terbukti lebih baik daripada PR. Mereka menunggu PRU13 untuk memberi undi kepada calon BN. Selamat tinggal DAP, PAS dan PKR!

Friday 18 May 2012

Kenyataan Haji Hadi yang mengejutkan umat Islam semua!

KUALA LUMPUR 16 Mei - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap gesaan Datuk Harun Taib berhubung pelaksanaan hukum hudud bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan parti adalah sesuatu yang mengejutkan.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau sendiri tidak pernah terfikir ulama besar seperti Abdul Hadi boleh melemparkan kenyataan negatif sedemikian terhadap Ketua Dewan Ulama Pas itu.
Jelasnya, ia bukan sahaja menjatuhkan martabat rakan seperjuangan tetapi boleh dilihat sebagai usaha tersembunyi melaga-lagakan kedua-dua pemimpin utama parti berkenaan.
"Saya tersentak membaca ulasan Presiden Pas mengenai gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas berhubung perlaksanaan hudud. Saya benar-benar terkejut dan terus meneliti komen beliau.
"Apapun, hati kecil saya tegas membisikkan bahawa komen yang dilontarkan beliau bukan merupakan cetusan idea pemikiran dan aspirasinya sendiri. Tetapi besar kemungkinan akibat pengaruh, desakan dan tekanan orang sekeliling yang terdiri daripada parasit-parasit dalam parti.
"Bagi mereka, membantu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi Putrajaya dengan apa cara sekalipun adalah lebih diutamakan daripada perlaksanaan hudud dan syariat Islam," katanya melalui status Facebook terbaru beliau hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi menerusi akhbar milik pembangkang kelmarin yang antara lain memberi jaminan kepada pimpinan pembangkang bahawa Pas menolak pandangan Harun kerana ia tidak mencerminkan kedudukan parti tetapi berupa pandangan peribadi.
Hasan berkata, dalam kepimpinan Pas, Harun adalah antara orang yang paling dihormati Abdul Hadi yang bukan sahaja rakan fikrah sejak awal remaja malah sentiasa bersama ketika jatuh dan bangun dalam arena politik.
"Hubungan mereka lebih daripada 'aur dengan tebing'. Justeru komen beliau itu seperti digambarkan dalam akhbar tidak dapat saya mempercayainya," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 18 Mei 2012

Sunday 6 May 2012

Ambiga dan Anwar akan ditahan oleh KDN?

KDN perlu tangkap DS Anwar Ibrahim dan Ambiga. Kedua-dua mereka ini punca merosakkan imej negara melalui tindakan provokasi terhadap pihak kerajaan persekutuan. KDN tidak boleh berlembut dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang secara jelas melanggar undang-undang negara.
Difahamkan TG Haji Hadi mungkin akan mengetuai Bersih 4.0. Jika benar, TG Haji Hadi boleh memilih ibu lokasi perhimpunan aman di negeri-negeri pembangkang seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Berhimpunanlah selama mana TG Haji Hadi dan penyokong-penyokong Bersih 4.0 mampu duduk secara aman. 
Masalahnya puak-puak ini tidak mahu mengadakan perhimpunan aman di Stadium Negeri, di Kota Bharu, Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang atau Stadium Shah Alam di Selangor sebaliknya mereka sangat suka Dataran Merdeka, Kula Lumpur. Jika niat ikhlas untuk perjuangan pilihanraya yang bersih, penganjur Bersih 3.0 ataupun Bersih 4.0 boleh menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Negeri sahaja. Ambiga, Pengerusi Bersih 3.0 tetap berdegil atau keras kepala mahu mengadakan perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka walaupun dilarang oleh mahkamah.
Aku sangat yakin 100%, rusuhan tidak akan berlaku dan perhimpunan aman akan berjalan dengan lancar jika perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil. Oleh kerana niat Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak jujur, ada maksud yang tersirat maka perhimpunan aman itu tetap diadakan berdekatan dengan Dataran Merdeka.
Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, penganjur Bersih 3.0 hanya dapat menghimpunkan peserta-peserta Bersih 3.0 sekitar 35,000 orang sahaja. Media asing pula menganggarkan kira-kira 50000 orang dan media perdana tempatan dan PDRM menganggarkan cuma 30,000 sahaja.  Sebaliknya pemimpin-pemimpin pembangkang dan blogger pro pembangkang memberi anggaran yang terlalu tinggi dan tidak menasabah berdasarkan foto-foto yang diperolehi. Anggaran 300,000 hinggs 500,000 merupakan suatu anggaran yang sengaja dipalsukan hanya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Sebenarnya majoriti rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan PR. Banyak isu peribadi pemimpin PR terbongkar dan didedahkan secara nyata dan jelas. Semua yang berlaku itu ukan berpunca daripada UMNO sebaliknya didedahkan oleh kawan-kawan dalam PR sendiri. Itulah politik jahat pembangkang. Bila berita itu disiarkan maka Utusan Malaysia dan UMNO pula yang dipersalahkan oleh mereka. Itulah politik jahat mainan pembangkang sejak dahulu lagi.

Saturday 24 March 2012

Kembalikan tapak masjid wahai Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang!

Aku cabar Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang untuk bersuara dan menyatakan pendirian mereka. Aku cabar mereka kerana mereka sentiasa melaung-laungkan di seluruh pelusuk dunia bahawa hanya PAS satu-satunya parti yang selama ini mempejuangkan Islam.  

Tapi kenapa wahai pemuda-pemuda PAS, hang diam sepi. Kenapa hang takut ibarat tikus berdepan dengan kucing (CAT). Kenapa pemuda PAS jadi begitu menikus biloa berhadapan isu-isu dengan DAP.

Nak kata hang tak sayang agama, hang nanti marah dan maki hamun orang UMNO. Tapi bila timbul isu tanah rakyat dijual oleh kerajaan PR Pulau Pinang hang diam. Kali ini tapak masjid dijual oleh kerajaan PR Pulau Pinang, hang juga diam. Apakah ini dikatakan Pemuda PAS memperjuangkan Islam? Jika beginilah sikap Pemuda PAS Pulau Pinang, rakyat boleh beri kesimpulan bahawa perjuangan PAS hari ini bukan untuk Islam, perjuangan PAS semata-mata untuk kuasa dan kedudukan dalam pemerintahan negeri.

Begitu jugalah NGOs lain yang turut berdiam membisu seribu bahasa. Masa UMNO NGOs seperti ABIM dan ISLAH begitu lantang mengkritik. Tapi di mana NGOs seperti ini berada. Apakah sejak Pulau Pinang dan Selangor telah diperintah oleh kerajaan PR Islam di negeri-negeri itu sudah hidup subur? Apakah perjuangan NGOs seumpama ini bermusim? Bangun dan segar semasa pemerintahan BN dan sunyi sepi semasa pemerintahan DAP. Isu terkini pula tapak masjid dijual oleh kerajaan PR Pulau Pinang (Baca sini)

Ingatlah Allah Maha melihat dan maha mengetahui. Jangan kita berpura-pura tidak tahu. Politik itu politik juga. Agama tetap agama juga. Tak boleh korbankan agama untuk kepentingan politik. UMNO yang dituduh anti Islam, mengamalkan korupsi dan pelbagai lagi tuduhan yang dilabelkan. Malahan ada pemimpin PAS yang berani mengkafirkan orang UMNO.

Lihatlah hari ini, apa yang sebenarnya berlaku? UMNO pula menggantikan peranan PAS mempertahankan hak orang Islam dan hak orang Melayu. Sebenarnya kerajaan UMNO memperjuangkan Islam sejak sebelum merdeka lagi. Bekas PM, Tun Mahathir mengikhtirafkan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia. Malangnya pemimpin DAP dan PAS sendiri menafikannya kerana untuk menjaga kepentingan politik kepartian. 

Apa salahnya wahai PAS jika Malaysia diikhtiraf sebagai sebuah negara Islam? Mudah-mudahan rakyat perlbagai agama dan budaya dapat menerimanya. InsyaAllah hukum hudud dapat dilaksanakan dengan mudah jika rakyat mulai memahami dan menerimanya. Inilah strategi UMNO dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sejak dahulu tidak melaksanakan sesuatu itu secara revolusi atau drastik. Masih ingat Tun Mahathir sebaik jadi PM, beliau mengamalkan konsep 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dalam pentadbiran kerajaan persekutuan. Konsep sedemikian diketawakan dan dijadikan bahan ejekan dan sindiran oleh penceramah2 PAS suatu masa dahulu. Akhirnya lihat apa yang UMNO telah buktikan? Mahkamah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa, Pajak Gadai Islam, Insurans Takaful, Sistem Perbankan Islam dan banyak lagi kejayaan kerajaan Malaysia hingga diikhtiraf oleh negara2 Islam di dunia sebagai negara Islam contoh.

Sunday 4 March 2012

Pemimpin PR bapa hipokrit kata Noh Omar!

Kerajaan Negeri Selangor pembohong besar. Gunakan duit rakyat untuk menipu rakyat. Dato Noh Omar cabar MB Selangor supaya saman dia jika tuduhannya tidak betul. Bodoh sombong rupanya MB Selangor. Bolehkah rakyat Selangor menerima pemimpin kerajaan negeri seperti ini? [Lihat Youtube di sini]

Saturday 25 February 2012

Bapa setan ditangkap khalwat di Kuantan?

Ustaz Badrul Amin
Isteri Orang
Ustaz Badrul Amin yang pernah mendakwa mufti Perlis sebagai Bapa Setan telah ditangkap khalwat dengan isteri orang di Kuantan. Macam tak percaya. Jika berita ini benar siapakah sebenarnya bapa setan? Jangan ingat ustaz tidak berhawa nafsu. Kadang-kadang nafsu ustaz lebih kuat daripada nafsu orang biasa. Godaan setan lebih kuat terhadap golongan ustaz sebagai ujian Allah SWT. Akhirnya ustaz akan terbabas.

Jika kes khalwat itu benar-benar berlaku. Ini bermakna orang yang mengatakan orang itu bapa setan kini kata itu kembali kepada orang yang mengatakan orang itu bapa setan menjadi bapa setan. Oleh itu bapa setan sebenarnya bukan lagi bekas mufti Perlis sebaliknya Ustaz Badrul Amin.

Tuesday 21 February 2012

Sokong PAS berdosa, kata bekas penyokong kuat PAS!

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, beliau sangat kecewa apabila pemimpin Pas yang selama ini lantang bercakap menegakkan Islam dan menuduh UMNO memperjuangkan kebangsaan, kini bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel. [Baca seterusnya...]

Saturday 18 February 2012

Ahli PAS tak sanggup lagi melihat PAS bersengkongkol dengan DAP dan PKR!!

Kepimpinan tertinggi Pas digesa mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan keengganan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Desakan itu dibuat oleh sekumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ahli Pas peringkat bawahan, yang berkumpul di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, kelmarin. [Baca selanjutnya di sini]