"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Saturday 26 November 2011

Betulkan dalaman UMNO dulu sebelum mengkritik kelemahan pembangkang!!!!

Sebelum kita membongkar kelemahan parti pembangkang khususnya PKR, PAS dan DAP, elok UMNO suluh keadaan dalam partinya dahulu. Kita takut UMNO syok sendiri. Tiba2 PRU13 berlaku tsunami politik kali yang kedua, Putrajaya pula jatuh ke tangan pembangkang.
Ketua Bahagian ada yang sibuk dan ada pula yang relaks! Jika ada peruntukan untuk rakyat diturunkan melalui Bahagian, agih-agihkan kepada rakyat atau pun melalui wakil-wakil rakyat BN yang ada. Jangan salahguna duit peruntukan dan jangan pula boros atau membazir kerana wang peruntukan itu juga sebenarnya wang rakyat. Ada bahagian lain yang aku tahu ketua bahagian tidak salurkan wang peruntukan kepada rakyat. Ada ketua-ketua cawangan tidak diberitahu dan ketua cawangan itu itu tahu daripada bahagian lain. Ini suatu yang pelik tapi memang pun berlaku. Rasanya kes seperti ini sudah sampai kepada Umno Pusat. Jika ketua bahagian ini bercadang mak jadi calon, wajar ditolak.
Ada pula pembantu2 wakil rakyat ambil peluang masuk poket sendiri. Contohnya buat program tak ramai, tapi duit habis banyak juga. Ketua-ketua bahagian mesti pantau. Di mana silapnya, jemputan tak ramai kenapa? Jika sudah bertahun2 jadi pembantu YB tak akan masih tak reti lagi? Ketua Bahagian tidak boleh anggap ini suatu perkara biasa. Dalam usaha PM memperkasakan Umno, ketua bahagian dan AJK Bahagian sayap kanan dan kiri perlu beri perhatian yang serius. Pembantu YB mesti bijak mengatur pertemuan dan jadual bosnya. Jangan pula pembantu jadi lebih-lebih mengatasi wakil rakyat, nanti rakyat akan meluat atau benci. Padan-padanlah jadi pembantu wakil rakyat. Wakil rakyat tak ada dalam kawasan pun tak jadi masalah sebab pembantunya masih ada bersama rakyat. Jangan hampakan harapan rakyat. Jangan jadikan alasan wakil rakyat tak ada, kita tak dapat tolong. Pembantu wakil rakyat sangat penting. Jika rakyat benci pembantu wakil rakyat, rakyat juga akan benci kepada YB dan seterusnya mereka akan benci kepada parti YB dan kerajaan YB.
Setakat ini program Umno mendapat sambutan lebih baik berbanding sebelum PRU12 dulu. Rakyat Malaysia terutamanya Melayu sudah semakin faham dan sedar. Tapi pemimpin Umno Bahagian termasuk Cawangan2 jangan 'take for granted', ada yang masih tidur dan lena. Jika sibuk pun bukan pasal parti tapi pasal bisnes sendiri. Ke sana sini buat bisnes hingga rakyat nak jumpa pun susah. Jika ketua bahagian atau ketua cawangan yang sibuk dengan bisnes sendiri, eloklah berhenti jadi ketua bahagian atau pun ketua cawangan. Banyak lagi orang lain yang boleh jadi ketua.
Yang paling sedih ada bahagian juga cawangan, hidup segan mati tak mahu. Maklumlah Umno ada beribu-ribu cawangan di seluruh negara. Dalam banyak2 seperti ini mesti ada yang semacam itu. Ketua bahagian mesti gerakan jika ada cawangan seperti itu. Begitu juga, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri mesti gerakkan Umno Bahagian yang masih ada masalah dan ada yang tidur dan lena. Kawan tetap kawan, tegur tetap tegur jika hendak mengukuhkan Umno. Jangan kira ketua bahagian atau ketua cawangan itu orang bergelar atau tidak.
Bukan aku nak puji pemimpin atau wakil rakyat pembangkang, ada perkara baik yang patut kita ikut. Cuba kita kaji, berapa kerat wakil rakyat Umno ada akaun facebook, twitter atau blognya sendiri. Jangan cakap pasal laman web yang berbayar. Yang percuma pun wakil rakyat BN tak ada! Cuba lihat wakil-wakil rakyat pembangkang, hampir setiap dari mereka ada akaun FB dan blog masing-masing. PM kita adalah pemimpin paling sibuk daripada wakil-wakil rakyat semua tapi kenapa dia ada masa dengan FBnya atau Twitternya? Pasal PM kita nampak betapa besarnya peranan media maya atau media baru pada hari ini. PM tahu media baru menyebabkan BN hampir tumbang kesemuanya dalam PRU yang lalu. Tapi wakil-wakil rakyat kita masih buat tak reti lagi. Pandang remeh terhadap isu yang dibangkitkan oleh PM sendiri.
Jika ada wakil-wakil rakyat yang tak tahu dan buta komputer, belajarlah sikit-sikit. jika besar sangat laptop susah nak bawa, beli telefon bimbit yang boleh akses internet, sudah banyak dalam pasaran. Cuma mestilah ada sedikit masa untuk berjumpa dengan rakyat melalui FB atau twitter ataupun blog. Jika dah buta sangat, bengap sangat suruhlah pembantu-pembantu khas yang ada tolong. Daripada dok bersembang kosong, lebih baik pembantu khas YB habiskan masa itu dengan blog YB. Jika YB suruh mereka kena buat, jika mereka tak tahu, mereka kena belajar. Mula2 aku hairan macam mana seorang wakil rakyat PAS, hari ini menang dalam PRK di tanah besar Pulau Pinang, selang beberapa hari keluarlah blog wakil rakyat itu. Begitulah semangatnya wakil rakyat itu, mungkin bukan dia yang wujudkan blog itu, besar kemungkinan dia minta pembantunya wujud dan selenggarakan blog itu hinggalah ke hari ini. Tapi wakil rakyat BN masih pandang mudah tentang penggunaan media maya dalam politik moden hari ini.
Aku amat sokong sangat PM nak beri markah bonus kepada wakil-wakil rakyat yang ada akaun FB, twitter dan blognya sendiri. PM kena serius tentang perkara ini. Jadikan syarat kedua atau ketiga kepada wakil rakyat yang mahu mengekalkan sebagai calon/wakil rakyat dalam PRU yang akan datang. Untuk yang bakal-bakal calon mesti sudah ada akaun FB, twitter atau blognya sendiri. Jika syarat ini dikenakan oleh PM, barulah akan ada bakal2 calon BN dan wakil2 rakyat BN mulai belajar atau mewujudkan akaun FB, twitter atau laman blog sendiri. Politik hari ini lebih canggih. Bakal2 calon BN dan wakil rakyat BN juga mesti ikut perkembangan itu. Jika wakil rakyat masih teraba2 dengan kecanggihan teknologi maklumat (ICT), aku pasti rakyat tidak respect wakil rakyat berkenaan.
Program2 UMNO mesti berjalan sepanjang masa. Termasuk melawat kawasan dan berjumpa dengan orang kampung lebih kerap. Jika tidak ada masalah pun, pergi juga berjalan-jalan sambil bersembang2 dengan rakyat. Kalau boleh atur kampung, sebulan atau seminggu sekali. Atur solat Jumaat setiap masjid yang ada dalam kawasan. Jangan lepas peluang menghadiri kenduri kahwin dan ziarah mayat atau apa sahaja yang dijemput oleh rakyat. Jika tak ada dalam kawasan, hantar wakil berjumpa dengan tuan kenduri atau tuan rumah. Setiap aktiviti wakil rakyat masukkan ke dalam blog wakil rakyat. Yang tak tahu akan tahu bahawa wakil rakyat BN tidak duduk sahaja. Kerap jumpa rakyat. Jika wakil rakyat tidak dapat hadir, rakyat tahu wakil rakyat ada di mana-mana pada hari itu melalui facebooknya atau blognya.
Sebenarnya banyak perkara Umno perlu baiki. Ini cuma sebahagian, setakat ini dulu. Harap rakan2 Umno dapat beri komen. Kita hendak melihat UMNO/BN akan menang dalam PRU yang semakin hampir. Sebelum melihat kelemahan dan kekuatan musuh, wajar UMNO/BN melihat kelemahan dan juga kekuatan dalaman parti itu sendiri. Jika semua pemimpin Umno dan parti kuat, insyaAllah dalam PRU13 akan datang, BN akan menang besar!

Thursday 24 November 2011

Usaha pembangkang amat hebat, BN kalah!

Pembangkang bijak mencuri hati rakyat. Nama pertubuhannya 'Pakatan Rakyat' sudah cukup menjiwai hati rakyat. Semua program pembangkang walaupun tidak sebesar mana sekalipun, pembangkang tetap menggunakan perkataan 'rakyat'. Seolah-olah rakyat Malaysia hanya untuk pakatan pembangkang. Program Ceramah Rakyat, Motivasi Rakyat, Jamuan Rakyat, Perhimpunan Rakyat dan semuanya rakyat, rakyat...dan rakyat. Itulah keistimewaan atau kelebihan dan kebijaksanaan pakatan pembangkang mempengaruhi hati rakyat jelata.
Banner program-program pembangkang digantung di mana-mana, tak cukup di simpang-simpang jalan, pagar-pagar masjid dan surau, pasar sayur dan ikan di bandar dan di desa adalah tempat-tempat strategik mereka. Malahan billboard, papan iklan bersaiz besar yang ada di persimpangan utama di bandar-bandar besar dalam negeri jajahan takluk pembangkang dijadikan tempat mempromosi  kerajaan pembangkang untuk menunjukkan kerajaan pambangkang lebih baik daripada kerajaan BN dahulu. Billboard biasanya menjadi tempat pengiklanan produk2 komersial sudah menjadi tempat promosi kerajaan negeri pembangkang. Berapa belanja untuk mengadakan papan promosi besar itu, berapa ribu ringgit untuk mengadakan banner2 itu seluruh negeri tidak menjadi hal kepada mereka. Yang paling penting usaha mereka menipu rakyat, kelentong rakyat, mengelirukan rakyat akan mereka teruskan sehingga pilihanraya akan datang.
Bukan setakat banner dan billboard. Itu pun tidak cukup sebaliknya kerajaan pembangkang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit mencetak dan mengedarkan buletin kerajaan negeri untuk diedarkan dan dibaca oleh setiap rakyat. Habis ribuan ringgit hanya untuk promosi kerajaan pembangkang tapi rakyat yang miskin, rakyat yang miskin tegar terus jadi miskin dan bertambah miskin. Hampir semua rakyat yang miskin dan miskin tegar akan mengadu dan mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan kerajaan pusat. Kenapalah kerajaan pusat tidak mencontohi kerajaan pembangkang? Kerajaan pusat banyak duit, boleh pasang billboard paling besar di dunia di seluruh negara beritahu kepada rakyat bahawa kerajaan BN lebih baik daripada kerajaan pakatan rakyat. Sebaliknya kerajaan BN tidak seperti itu. Buat kebajikan diam-diam, tidak heboh-heboh sepertimana kerajaan pakatan rakyat. Tapi dalam perkara tertentu, kerajaan BN terpaksa lakukan itu pun setelah kerajaan pembangkang melakukannya.
Tak cukup siang, malamnya pula diadakan ceramah-ceramah di segenap ceruk kampung dan taman perumahan. Tak ada dewan, di kawasan lapang pun boleh. Walaupun penonton cuma 10 orang, mereka tetap meneruskan usaha memburuk-burukkan kerajaan BN dan pemimpin BN. Mereka tidak segan silu, mencerca dan menghina pihak lawan biarpun sebangsa dan seagama. Pelbagai fatwa haram diulang-ulangkan dengan harapan orang Islam menolak UMNO. Mereka tak kisah orang Melayu atau orang Islam berpecah lima atau berpecah sepuluh asalkan mereka dapat berkuasa. Mereka tidak kisah berkongsi dengan kafir harbi asalkan mereka pemimpin2 pakatan berada di puncak kuasa. Biar orang Melayu/Islam bergaduh atau tak bertegur sapa atau bermasam muka di masjid/surau, di kampung atau di taman2 perumahan asalkan kami pemimpin2 dapat mengekalkan jawatan2 politik kami dalam parti dan kerajaan pembangkang. Persetankan dengan usaha pihak2 tertentu yang mahu melihat Melayu/Islam bersatu.Itulah pembangkang sikit-sikit yang dapat kita lihat sendiri..

Saturday 19 November 2011

Masalah Penduduk Kg. Paya Kongsi Balik Pulau, salah siapa?

Penduduk yang tinggal turun temurun di Kg. Paya Kongsi kini terkejut bila jalan masuknya akan ditutup pemaju perumahan. Itulah akibatnya penduduk menyokong dan mengundi kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU12 yang lalu.
Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tidak fikir lagi masalah rakyat. Jika fikirkan masalah rakyat macam mana nak isi tembolok2 pemimpin2 kerajaan negeri yang ada, macam mana nak beri elaun wakil-wakil rakyat kerajaan Pakatan Rakyat, macam mana nak beri bantuan kepada warga emas dan khairat kematian kerana kerajaan PR telah janjikan.
Setiap tahun kerajaan negeri kena beri bonus kepada kakitangan kerajaannya sebab nak lawan dengan kerajaan pusat. Kerajaan Pusat beri bonus RM500 sebaliknya Guan Eng akan beri RM800 seperti tahun lalu. Kerajaan negeri perlu dana untuk memerintah negeri.
Ketika BN memerintah dulu, kita dengar juga ada tanah dibeli oleh pemaju tapi kerajaan BN dulu tidak meluluskan tanah itu dimajukan sebab melibatkan banyak rumah orang kampung. Selain di Paya Kongsi Balik Pulau, masalah itu sama juga seperti di Teluk Kumbar dan juga di Kg. Binjai.
Jika orang ramai tak percaya, cuba lihat sendiri. Datanglah ke Sungai Batu dan Teluk Kumbar dan seterusnya ke Balik Pulau. Negeri Pulau Pinang begitu pesat membangun sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Rumah-rumah mewah dan separuh mewah naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Di sana rumah, di sini rumah dan di atas bukit sana pun rumah. Bukan rumah-rumah kos rendah sebaliknya harganya ratusan ribu ringgit. Yang pasti orang Melayu tak boleh beli. Yang pasti bukan Melayu khususnya adik beradik Guan Eng dan Kit Siang, Tony Pua, Tian Chua sahaja yang mampu beli.
Mungkin tak sampai 10 tahun sahaja lagi, orang Melayu di Balik Pulau akan semakin pupus. Itu matlamat kerajaan DAP tapi orang Melayu Balik Pulau sedang lena dibuai dengan janji2 manis pemimpin kerajaan PR. 
Hari ini giliran penduduk Paya Kongsi Balik Pulau. Jalan ditutup sebab jalan itu melalui tanah pemaju. Pemaju tak berani tutup jika tidak dapat kebenaran pemimpin kampung di kawasan situ. Pemaju memang bijak menangani isu jalan kampung seperti ini. Apa pun pemaju atau wakil pemaju biasanya akan 'tangkap' JKKK dulu.  Pemaju akan menaruh kepercayaan kepada JKKK untuk tangani masalah ini. JKKK yang bertanggungjawab akan buat perjumpaan dengan orang kampung terlebih dahulu sebelum memberi 'lampu hijau' kepada pemaju. Jika tiba-tiba sahaja pemaju datang tutup jalan tanpa ada perundingan dengan orang kampung, kita kira itu sesuatu yang pelik tapi benar. 
Kemungkinan besar pemimpin JKKKN (bukan JKKKP) sudah dikorupsikan oleh pemaju. Inilah yang berlaku, rasuah tidak kira siapa. DS Najib menentang amalan rasuah tapi kakitangan awam pula yang melakukan rasuah. Begitu juga di Pulau Pinang, Guan Eng kata kerajaan negerinya tidak rasuah kononnya tapi orang-orangnya juga rasuah maklumlah yang dikatakan manusia semuanya sama sahaja ada nafsu dan ada keinginan. Cuma iman dan takwa yang dapat menghalang perbuatan terkutuk itu. Jangan2 yang tuduh orang rasuah itu lagi teruk lagi perbuatan rasuahnya.
Hari ini rakyat dah celik. Dah sedar gula-gula yang ditaburkan oleh Guan Eng. Rakyat boleh tengok sendiri betapa rakusnya pembangunan naik begitu pesat di kampung2 Melayu. Mangsa pembangunan tak kira siapa. Penyokong2 PAS dan PKR juga jadi mangsa. Tapi dosa yang paling besar akan ditanggung oleh tangan2 yang mengundi calon2 PAS dan PKR di Balik Pulau. Kerana apa? Wakil-wakil rakyat PAS dan PKR telah bersubahat menyokong dasar-dasar  pembangunan negeri Pulau Pinang yang jelas merugikan orang Melayu.
YB Yusmadi lebih bijak, maklumlah beliau seorang loyar. Sekali sekala dia turun padang. Yang meluluskan projek perumahan adalah exco kerajaan negeri DAP merupakan kawan satu pakatan. Bila penduduk protes, dia cepat2 datang jumpa penduduk. Dia janji akan bela nasib orang kampung yang malang.
Dia mengatur perjumpaan dan buatlah sikit demo tunjuk yang dia menyebelahi rakyat kononnya tapi apa yang dia boleh buat. Hanya dapat naikkan sedikit jumlah pampasan.
Jika dia benar2 nak bela nasib orang Melayu di Balik Pulau, dia sepatutnya bercakap dalam Mesyuarat Exco Perumahan Negeri Pulau Pinang. Jika projek sudah diluluskan kemudian jalan ditutup baru turun nak jumpa orang kampung, itu bukan pemimpin orang Melayu namanya. Kesian orang2 kampung terpaksa pindah randah dengan sedikit pampasan.
Jika nak tolong orang Melayu di Balik Pulau bukan seperti itu. Yusmadi sepatutnya menghalang projek perumahan kos mahal itu diluluskan oleh Exco Perumahan. Sepatutnya dia boleh lakukan, kenapa pemimpin Umno dulu boleh. Wakil rakyat Umno dulu seperti DS Dr.Hilmi dan Syed Amer bukan peguam pun tapi kenapa boleh menghalang pembangunan rumah2 kos mewah di kawasan Balik Pulau?  Tapi pemimpin PAS dan PKR buat apa? Projek perumahan kos mewah dan sederhana mewah tetap naik seperti cendawan tumbuh.
Cuba lihat mana rumah-rumah kos rendah atau rumah flat seperti kerajaan BN bina dulu? Rumah2 kos rendah yang ada di Simpang Empat Balik Pulau, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Pasir Belanda dan Gertak Sanggul adalah hasil perjuangan UMNO semasa dalam kerajaan BN dahulu. Pada masa itu rakyat tidak nampak budi baik UMNO.
Tapi sekarang rakyat baru sedar. UMNO dihina dan dicaci begitu rupa dengan pelbagai fitnah dan tuduhan yang tidak berasas oleh musuh2 politik seperti PAS, PKR dan DAP. Sebaliknya kerajaan negeri dipuji dan diangkat tinggi melangit, Ketua Menteri kesayangan Melayu diumpamakan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Sebaliknya pemimpin Melayu UMNO dicerca. Difitnah tanpa batasan. Dihina tanpa belas kasihan. Umpama yahudi dan nasrani. Maka orang UMNO dikafirkan kerana dek merebut kuasa politik sesama sendiri dari satu bangsa, satu agama dan satu kiblat. Itulah rakusnya politik orang Melayu/Islam pada hari ini.
Rakyat Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau patut bangun tanpa kira sebarang ideologi politik. PAS sebenarnya gagal memainkan peranan seperti UMNO dalam kerajaan negeri. Melayu PKR tak perlu cakaplah, lagi teruk. Kenapa semasa BN, UMNO mampu mengekang pembangunan rumah2 mewah naik begitu pesat di Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Sungai Batu? Mengapa pula PAS tidak mampu melakukannya? Sebenarnya pemimpin PAS di atas mahu jaga tembolok sendiri, mahu jaga kuasa politik sendiri. Mereka tidak hirau masalah nasib masa depan orang Melayu. Yang mereka mahu lihat, apakah PAS dapat memerintah lagi bersama DAP dalam selepas PRU yang akan datang? Pemimpin PAS dan PKR melayu hanya fikirkan masalah survival politik mereka semata-mata. Paling penting bagi mereka, ceramah politik sana sini, siang dan malam. Jika rakyat masih memilih wakil rakyat calon dari Pakatan Pembangkang (DAP,PAS dan PKR) dalam PRU13 akan datang, kita sangat yakin tak sampai 5 tahun seluruh kampung2 Melayu dalam kawasan Balik Pulau akan lenyap secara perlahan-lahan. Bukti sudah ada di hadapan mata anda sekarang. Gerai2 Melayu yang maju diroboh tapi gerai2 Cina di jalan2 raya dalam bandar dibina hingga jalan2 tertentu terpaksa ditutup untuk memastikan bisnes mereka berjalan lancar.  Kampung2 tradisional Melayu dan India dirobohkan. Fikirlah...

Wednesday 16 November 2011

Duit RM100: Kebanyakan Pengetua dan GB sekolah Cina tidak ikut arahan KPM.

JPN Pulau Pinang mesti siasat. Kebanyakan sekolah2 daerah Georgetown tidak mematuhi arahan Kementerian Pelajaran supaya bantuan khas RM100 diberikan kepada ibubapa/waris murid-murid. Sebaliknya sekolah berkenaan mengambil jalan yang paling mudah dengan memberikan wang bantuan itu kepada murid2 sahaja.
Ada ibubapa memaklumkan PP bahawa anaknya balik ke rumah dan menunjukkan wang bantuan RM100 kemudian anaknya beritahu guru anaknya minta ibubapa datang ke sekolah untuk tandatangan. Ada pula ibubapa beritahu bahawa setelah anaknya dibayar RM100 guru anaknya minta turunkan tandatangan.
Difahamkan arahan KPM melalui suatu pekeliling dasar pemberian bantuan khas, wang bantuan khas itu mesti diserahkan kepada ibubapa/waris murid bukan kepada murid. Ibubapa / waris yang akan menandatangani borang akuan penerimaan/penolakan bantuan tersebut.
Persoalannya, apakah pengetua/GB faham tujuan bantuan khas itu diberikan? Atau pengetua/GB sengaja buat-buat tidak tahu kerana mahu mensabotaj usaha kerajaan pusat untuk membantu rakyat. Pihak KPM perlu mengambil perhatian yang serius kerana pengetua/GB telah mengingkari arahan atau pekeliling yang dikeluarkan KPM sendiri. Apakah masalah ini juga memberi maksud bahawa kebanyakan Pengetua/GB sekolah-sekolah Cina tidak menyokong dasar-dasar KPM dan sebaliknya memihak kepada pembangkang. Fikir-fikirkan...

Sunday 13 November 2011

Ceramah PAS oleh SU Akhbar MB Kelantan di Pulau Pinang semalam!

Tahniah kepada pasukan hoki negara yang berjaya mengalahkan pasukan Australia dalam final Hoki Sultan Johor semalam. Selepas itu aku dengan seorang kawan segera ke Gertak Sanggul, Pulau Pinang. Kira-kira jam 11.00 malam kami tiba di situ. Semasa melalui pekan Bayan Lepas, kereta sudah bertali arus, pelan-pelan melalui jalan pekan Bayan Lepas yang begitu sempit. Sekali lagi nak masuk simpang ke Gertak Sanggul di pekan Teluk Kumbar lagi sekali lagi kereta pelan-pelan memasuki simpang. Kereta cukup banyak di Bayan Lepas dan Teluk Kumbar, begitulah banyaknya kenderaan menuju ke Gertak Sanggul. Kawan saya kata, sudah pasti ribuan penonton yang hadir lihatlah hampir jam 11.00 malam kenderaan masih banyak melalui pekan Bayan Lepas dan Teluk Kumbar. Lagi pun ceramah malam ini katanya pula dijemput khas dari Kelantan, Setiausaha Akhbar kepada MB Kelantan.
Kira-kira 15 minit dari Pekan Teluk Kumbar kami pun sampai di Gertak Sanggul. Kami terkejut, macam tak percaya, tak sampai 100 orang pun yang hadir. Kebanyakannya berada di luar khemah yang disediakan oleh pihak penganjur. Yang ada di bawah khemah hanya beberapa orang sahaja. Itu pun sudah tentu ahli Pas totok. Di luar sana bersandar di kenderaan, di bawah pokok, duduk atas motor, berdiri di tepi jalan sudah tentu sekadar datang nak dengar apa yang penceramah2 malam itu nak kelentong rakyat di situ. Memang kelentong pun.
Aku sempat dengar ceramah oleh SU Akhbar MB Kelantan kelentong rakyat di situ. Dia kata kerajaan Malaysia beli kapal selam tak boleh selam menggambarkan begitu bodoh kerajaan Malaysia. Dia puji kerajaan Kelantan diperintah PAS tidak kena teguran oleh Audit Negara. Tidak ada rasuah dalam pentadbiran kerajaan Kelantan. Ada pula dua tiga orang mungkin ahli Pas totok tepuk tangan suka rupanya bila SU Akhbar itu memuji kerajaan Kelantan. Tapi yang pelik kali ini, tak pula disambut dengan teriakan takbir pada malam itu. Mungkin sambutan terlalu dingin malam itu hilang semangat sebab tak seberapa orang pula yang akan sambut takbir. Tapi aku yakin puak2 ini menghormati kehadiran beberapa penonton Cina yang hadir tetapi berdiri di tepi jalan. Mungkin teriakan takbir itu 'diharamkan' sebab venue ceramah tersebut berhampiran penduduk padat Cina di Gertak Sanggul. Kira-kira 20 minit kami di situ, kami pun angkat kaki.

Friday 11 November 2011

Kedai 1 Malaysia cuba disabotaj oleh pembangkang!

Perangai pemimpin dan juga ahli parlimen sangat jijik. Mengapa yang mereka sakit hati dan siapa yang mereka nak bela serta siapa pula yang mereka nak jahanamkan? Begitulah peranan pembangkang, akan sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan. Perkara kecil-kecil dibesar-besarkan untuk keuntungan politik mereka. Yang rugi adalah pengusaha-pengusaha Kedai Rakyat 1 Malaysia yang kebanyakan orang Melayu. Selama ini pun, sejak lebih setengah abad yang lalu, pekedai-pekedai bukan Melayu terutamanya berbangsa Cina dapat berniaga di kampung-kampung Melayu tanpa ada sebarang prejudis dan irihati oleh orang Melayu sendiri.
Oleh kerana itu, lihatlah di mana-mana sahaja kampung dan desa, bandar atau di luar bandar, apakah orang-orang Cina tidak boleh berniaga? Adakah kedai-kedai milik orang Cina diboikot sebaliknya perniagaan mereka malahan lebih maju daripada sesetengah kedai Melayu yang ada di kampung. Mengapa pula pemimpin pembangkang di Parlimen mahu mempertikaikan harga barang-barang KR1M? Mengapakah pemimpin ini tidak melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan sesetengah barang yang sengaja dinaikkan oleh penjual?
Inilah sikap hipokrit dan rasis sesetengah pemimpin pembangkang. Ditambah pula dengan pemimpin Melayu pembangkang yang diam membisu, bodoh seperti lembu (maaf terlalu marah ni!) menyebabkan orang Melayu semakin tersepit dari hari ke sehari. Jika beginilah caranya pemikiran pembangkang sudah pasti orang Melayu akan terus ketinggalan, disisih, ditekan, dianaktirikan dalam pentadbiran kerajaan pembangkang. Yang ada cuma orang Melayu yang buta, berjaya digulakan dengan janji-janji manis dan jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan pembangkang. Mereka ini juga merupakan Melayu yang gilakan jawatan dan gila kuasa hingga sanggup melutut dan menerima tekanan daripada pemimpin kerajaan pembangkang. Jadi fikrlah banyak kali untuk mengundi calon Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya umum yang dijangka semakin hampir.

Monday 7 November 2011

PAS yang aku tahu sangat hebat!

Ceramah terbaru PAS....tidak mendapat sambutan!
Aku dah banyak kali mengikuti ceramah-ceramah PAS. Penceramah-penceramah PAS hebat-hebat belaka. Kebanyakan penceramah-penceramah PAS al-fadzil ustaz-uztaz dan ada pula bergelar Dato'. Ada pula yang bergelar ulama. Di mana tempat PAS berceramah ramailah orang2 Melayu berpusu-pusu memenuhi setiap ruang yang ada. Aku pernah terpaksa berdiri di atas jalan raya.
Itu dulu. Sekarang ceramah-ceramah PAS tidak mendapat sambutan lagi. Mesti ada sebab. Ada banyak sebabnya. Tak akan pokok bergoyang jika tak ada anginnya. Sebab utama sekali, penceramah2 seolah-olah syok sendiri. Sambil buat lawak dia mengutuk dan menghina pemimpin kerajaan. Sedangkan penceramah itu berjubah dan berserban, sifatnya tidak mencerminkan seorang pemimpin Islam.
Penceramah lebih gemar berceramah berdasarkan dengar cakap. Tiada fakta dan bukti. Ada sesuatu berita belum disahkan benar atau tidak, penceramah sudah pun menjatuhkan hukuman. Ertinya sejengkal sudah jadi sehasta dan sehasta sudah jadi sedepa.
Kita yang dengar seolah benar-benar bodoh atau diperbodohkan oleh penceramah. Ada yang sedar dan ramai yang tidak sedar bahawa diri mereka dipebodohkan oleh penceramah-penceramah upahan PAS. Mereka percaya 200% sebab penceramah itu seorang ustaz dan seorang ustaz tidak mungkin berbohong. Pegangan itu menyebabkan penceramah-penceramah PAS mengambil kesempatan menghina dan mengutuk kepimpinan UMNO dan BN sehinggalah ke hari ini.
Ingin aku nak berterus terang kepada semua peminat-peminat blog terutama penyokong-penyokong PAS. Memang aku mengakui bukan semua pemimpin UMNO baik dan jujur. Ada yang gila kuasa dan harta. Begitu jugalah pemimpin PAS pada hari ini. Bukan semua pemimpin PAS itu baik dan ada yang gila harta dunia dan kuasa tapi mereka berjaya berselindung di sebalik parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Mereka berjaya bersembunyi di sebalik serban yang tebal (maaf bukan semua) tapi perangai dan bahasa percakapan Allah SWT sahaja yang tahu.
UMNO baik sebagai sebuah parti. PAS juga bagus sebagai sebuah parti. Yang merosakkan parti adalah pemimpin dan ahli-ahlinya. Apa yang UMNO buat semua tak betul walaupun ada kebaikannya. Tapi kebaikan itu dinafikan supaya orang Melayu/Islam tidak sokong UMNO. Sejak dulu lagi, jika kita masih ingat. Tun Mahathir memperkenalkan konsep penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan pun dihina dan disindir. UMNO dituduh menolak Islam kerana melaksanakan nilai-nilai Islam secara tidak serius. Datang Pak Lah memperkenalkan 'Islam Hadhari' juga dikutuk dalam ceramah-ceramah mereka. Sedangkan idea 'Islam Hadhari' digarapkan melalui perbincangan terperinci di kalangan para cendikawan Islam yang ada. Cuma Pak Lah tidak bergelar Tok Guru mungkin PAS tidak menerimanya.
PAS amat berjaya menghalang sebahagian rakyat Melayu/Islam menolak konsep-konsep Islam yang diperkenalkan oleh UMNO. PAS tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh walaupun dunia Islam mengakui dan mengiktirafkannya. PAS amat seiring dengan DAP kerana Karpal Singh pula tetap tegas mendakwa Malaysia sebuah negara sekular. DAP tetap tegas menolak penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia. Faktor ini antara sebab DAP mendapat sokongan kuat pengundi-pengundi bukan Islam. Faktor ini jugalah BN banyak kehilangan pengaruh dari kalangan pengundi Cina dan India.
PAS sebenarnya amat takut kejayaan yang dibawa oleh UMNO. Banyak perubahan dan kemajuan telah dan sedang berlaku. Tidak dinafikan ahli-ahli PAS juga mendapat menafaat darinya. Kebanyakan negara-negara Islam di dunia datang dan mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia. Ada di kalangan negara-negara Arab telah mendapat khidmat kepakaran Malaysia dalam memperkenalkan sistem kewangan dan insurans Islam.
Mengapa PAS mengambil jalan yang susah dan amat berisiko. PAS memutuskan menolak bersama dengan UMNO kerana UMNO dianggap daging yang busuk. Sebaliknya PAS sanggup pula menerima DAP yang terang lagi bersuluh merupakan sebuah parti cauvanis, anti Islam dan anti Melayu dengan dasar Malaysian Malaysia. PAS sanggup menggadaikan maruah Islam menggugurkan perjuangan asalnya sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan hanya kerana mahu bersekongkol dengan DAP. PAS rela kalimah suci 'Allah' digunakan oleh gereja hanya untuk menunjukkan toleransi PAS terhadap agama-agama lain. PAS boleh berdiam dalam isu gereja Methodist Damansara Utama. PAS tidak sokong Perhimpunan Sejuta Ummat (Himpun) dengan alasan untuk NGOs sebaliknya PAS jadi penyokong kuat kepada Ambiga dalam perhimpunan Bersih 2.0. Himpun juga sebuah NGO dan Bersih 2.0 juga NGO. Himpun diketuai oleh NGOs Islam sebaliknya Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenavasan, seorang peguam dan pernah membela umat Islam masuk kristian. Beginikah pendirian PAS yang dikatakan parti yang memperjuangkan Islam?
Umat Islam jangan terlalu taksub kepada parti. Umat Islam perlu berfikir dengan waras demi masa depan generasi kita pada masa akan datang. Aku bukan pemimpin UMNO, aku sekadar orang Islam kebanyakan yang mahukan bangsa aku dapat hidup lebih baik di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam sendiri. Bersyukur alhamdulillah Malaysia masih sebuah negara mengamalkan pemerintahan berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Raja umpama payung negara, dipimpin seorang Perdana Menteri beragama Islam. Menteri-menterinya kebanyakannya orang Islam. Panglima tentera, darat, udara dan lautnya masih beragama Islam. Ketua Polis yang menjaga keamanan negara pun Islam. Ketua-ketua negeri dulunya bukan negeri persekutuan Tanah Melayu masih lagi orang Islam. Sistem perbankan Islam dan sistem kewangan Islam semakin popular di negara kita dan menjadi contoh negara Islam lain.
Jika PAS dan DAP memerintah, semua itu belum tentu dapat dipertahankan. Setakat ini, PAS masih gagal mentarbiah DAP ke arah perjuangan Islam. Setakat ini DAP begitu konsisten dalam perjuangan mereka sebaliknya perjuangan PAS berubah-ubah ikut situasi. Perjuangan sebuah negara Islam digugurkan kononnya bersembunyi di sebalik sebuah negera berkebajikan. Kepimpinan ulama dalam PAS disisihkan secara perlahan-lahan dan digantikan dengan kepimpinan edrogan pro-anwarisma. Inilah wajah PAS sebuah parti yang aku kenali hari ini. Itu sebabnya semakin ramai ahli-ahli PAS sanggup meninggalkan parti PAS secara terbuka. Yang meninggalkan PAS secara diam-diam sudah tentu lebih ramai daripada itu. Hingga ada ulama yang sudah puluhan tahun dalam PAS masih sanggup meninggalkan PAS dan bergerak aktif bersama UMNO. Jadi fikir-fikirlah kawan-kawan kita semua yang beragama Islam, "jangan dikejor tak dapet, yang dibawa pula tercicir".