KDN perlu tangkap DS Anwar Ibrahim dan Ambiga. Kedua-dua mereka ini punca merosakkan imej negara melalui tindakan provokasi terhadap pihak kerajaan persekutuan. KDN tidak boleh berlembut dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang secara jelas melanggar undang-undang negara.
Difahamkan TG Haji Hadi mungkin akan mengetuai Bersih 4.0. Jika benar, TG Haji Hadi boleh memilih ibu lokasi perhimpunan aman di negeri-negeri pembangkang seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Berhimpunanlah selama mana TG Haji Hadi dan penyokong-penyokong Bersih 4.0 mampu duduk secara aman.
Masalahnya puak-puak ini tidak mahu mengadakan perhimpunan aman di Stadium Negeri, di Kota Bharu, Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang atau Stadium Shah Alam di Selangor sebaliknya mereka sangat suka Dataran Merdeka, Kula Lumpur. Jika niat ikhlas untuk perjuangan pilihanraya yang bersih, penganjur Bersih 3.0 ataupun Bersih 4.0 boleh menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Negeri sahaja. Ambiga, Pengerusi Bersih 3.0 tetap berdegil atau keras kepala mahu mengadakan perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka walaupun dilarang oleh mahkamah.
Aku sangat yakin 100%, rusuhan tidak akan berlaku dan perhimpunan aman akan berjalan dengan lancar jika perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil. Oleh kerana niat Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak jujur, ada maksud yang tersirat maka perhimpunan aman itu tetap diadakan berdekatan dengan Dataran Merdeka.
Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, penganjur Bersih 3.0 hanya dapat menghimpunkan peserta-peserta Bersih 3.0 sekitar 35,000 orang sahaja. Media asing pula menganggarkan kira-kira 50000 orang dan media perdana tempatan dan PDRM menganggarkan cuma 30,000 sahaja. Sebaliknya pemimpin-pemimpin pembangkang dan blogger pro pembangkang memberi anggaran yang terlalu tinggi dan tidak menasabah berdasarkan foto-foto yang diperolehi. Anggaran 300,000 hinggs 500,000 merupakan suatu anggaran yang sengaja dipalsukan hanya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Sebenarnya majoriti rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan PR. Banyak isu peribadi pemimpin PR terbongkar dan didedahkan secara nyata dan jelas. Semua yang berlaku itu ukan berpunca daripada UMNO sebaliknya didedahkan oleh kawan-kawan dalam PR sendiri. Itulah politik jahat pembangkang. Bila berita itu disiarkan maka Utusan Malaysia dan UMNO pula yang dipersalahkan oleh mereka. Itulah politik jahat mainan pembangkang sejak dahulu lagi.
No comments:
Post a Comment