"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Sunday 12 February 2012

MB Terengganu nak kena saman kerana Parti Ajaran Sesat?

Kenapa salahkah jika PAS disebut sebagai Parti Ajaran Sesat. PAS boleh juga disebut sebagai Parti Ajaran Setan. Banyak lagi yang boleh disebut daripada perkataan 'PAS' ini. Nak tahu banyak lagi. 

Tapi isunya sekarang bila MB Terengganu sebut PAS sebagai Parti Ajaran Sesat maka Pemuda PAS pula nak saman. Alasan KP PAS itu bahawa kenyataan MB Terengganu itu telah menghina kira-kira sejuta ahli PAS. Ketua Pemudanya Nasruddin Hassan buat-buat tak tahu atau sememangnya dia bodoh sombong. Memanglah PAS itu boleh disebut sebagai Parti Ajaran Sesat atau Parti Ajaran Setan. Jika PAS disebut sebagai Parti Ajaran Islam pula tentulah tak betul. Jika PAS nak disebut sebagai Parti Ajaran Islam, Nasaruddin Hassan kena sebut 'PAI'.

Oleh itu apa salahnya jika PAS disebut sebagai Parti Ajaran Sesat kerana sudah ada beberapa amalan kita lihat memang menyesatkan umat Islam. Jika tak percaya cuba kita ikuti ceramah Ustaz Khazim, Ustaz Datuk Hassan Ali, Ustaz Azhar Idrus dan ustaz Khalid Omar kerana mereka ini bukan ahli UMNO. Banyak komen dan teguran yang jelas telah disampaikan oleh ustaz-ustaz berkenaan.

Jika kita ikuti ceramah Ustaz Mohd Noor Deris,  bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan lagi pedih dan amat memedihkan mata dan telinga jika 1 juta ahli PAS mengikutinya. Tapi kenapa pula TG Nik Aziz tak saman malu terhadap Ustaz Mohd Noor Deris? Manakala Ustaz Kamal Saidin pun begitu juga, apa yang dia tak kata kepada pemimpin dan PAI (Parti Agama Islam). Dia pemimpin UMNO tapi kenapa TG Haji Hadi tidak saman Ustaz Kamal Saidin?

Sebaik-baiknya Nasaruddin Hassan fikir semula. UMNO pernah dikafirkan oleh pemimpin PAS sendiri, apakah ada UMNO saman? Ahli UMNO melebih 3 juta orang tiada siapa pun menyaman TG Haji Hadi Awang. Pelbagai tuduhan terhadap UMNO termasuklah mendakwa UMNO mewarisi perlembagaan jahiliah, ajaran sesat dan banyak lagi tapi Ketua Pemuda UMNO tidak gelabah seperti Ketua Pemuda PAS. Jika kita percaya dan yakin dengan ajaran Islam, terserahlah kepada Allah SWT menentukannya!

No comments:

Post a Comment