"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Saturday 4 February 2012

Apakah maknanya Haji Hadi jadi Presiden PAS tapi enggan jadi PM?

Haji Hadi dah kata, dia tak berhasrat nak jadi PM [baca sini]. Tapi dia kata dia mahu perkasakan Islam. Bila ditanya, "Siapa yang bakal jadi PM?". Dia kata dia tak kisah Cina atau India asalkan beragama Islam. Dia balik jadi nelayan pun tak apa. Paling penting kita tawan Putrajaya. UMNO memerintah lebih 50 tahun tak buat apa pun untuk Islam.

Wahai presiden PAS, apa yang tok guru bercakap ni? Bagaimana Islam dapat diperkasakan jika PM bukan dari kalangan pemimpin utama PAS. Begitu mudah sekali tolak ansur PAS dengan rakan-rakan dalam PR. Itu sebabnya exco agama di Selangor diberikan tanpa bantahan kepada MB Selangor dari PKR. Benarlah kata Datuk Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor bahawa PAS sudah dikuasai oleh pemimpin sekular. 
Jika ada pun pemimpin ulama seperti Haji Hadi biarpun selaku presiden PAS nampaknya tidak mampu berbuat apa-apa. Jika begitulah keadaan hari ini apakah tanpa Presiden PAS jadi PM, bolehkah Islam diperkasakan? 

Rakyat sebenarnya sudah dapat baca percaturan TG Haji Hadi. Rakyat sudah masak dengan perjuangan PAS hari ini. PAS dulu tidak sama dengan PAS di bawah pimpinan Haji Hadi pada hari ini. Sebenarnya PAS sudah berpecah. Ahli-ahli parti PAS ramai sudah 'tawar hati', cuma mereka lebih bersikap tunggu dan lihat sahaja. 
Kesilapan PAS memecat Datuk Hassan Ali menyebabkan pemimpin PAS Pusat dan juga PAS Selangor tidak tidur lena. Perjuangan DHA adalah perjuangan yang disokong dan secucuk dengan semua orang Melayu beragama Islam. DHA sebenarnya tidak keseorangan. Beliau ada pengikut dan ramai pemimpin PAS dan bekas pemimpin PAS bersama dengannya. Apakah PAS berani memecat pemimpin PAS dan bekas pemimpin PAS yang sentiasa bersama DHA menjelajah seluruh negara dan negeri Selangor pada ketika ini? TG Hadi Hadi dan kepimpinan PAS akan fikir banyak kali sebelum memecat ahli PAS seperti DHA.

1 comment:

  1. Ikhwan Muslimin yang menang dalam pilihanraya Mesir baru-baru ni pun tak mencalonkan Pemimpin dia Jadi Prasiden Mesir apa nak heran sangat itu la namanya pemimpin islam sebenar tak gila kuasa macam UMNO....

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7936-presiden-mesir-ikhwan-tidak-calon-pemimpin-sendiri-

    ReplyDelete