"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Sunday, 1 January 2012

UPSI dicemari oleh mahasiswa yang pro pembangkang!

Ada mahasiswa UPSI bekas guru yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. Ada pula penuntut 'fresh' lepasan sekolah yang berjaya ditawarkan ke UPSI. Pokok pangkalnya mereka ini bila tamat pengajian mereka di UPSI akan jadi 'cikgu'. 
Tapi cikgu Adam Adli telah mencemarkan nama UPSI yang dulunya dikenali sebagai SITC yang telah melahirkan ramai pejuang2 kemerdekaan tersohor. Hari ini UPSI melahirkan Adam Adili, cikgu yang mahu kebebasan. Apakah Adam melanjutkan pelajaran dengan duit atau biasiswa sendiri? Mahu ingat Adam Adili selaku penuntut universiti kita mesti faham apakah tanggungjawab hakiki yang perlu kita laksanakan? Tujuan Adam ke UPSI nak jadi guru dan  jauh sekali mahu jadi ahli politik. Kalau nak jadi ahli politik pun sabarlah dulu. Belajar bersungguh-sungguh dah lulus dengan baik dapat ijazah, kerja dulu dengan kerajaan pusat sebagai guru sekolah kerajaan.
Sudah habis ikatan kontrak jadi guru, bolehlah Adam berhenti jadi guru kemudian jadilah pemimpin PKR menggantikan DS Anwar Ibrahim. Nak jadi ahli politik pun kena ada degree, dulu bolehlah, tak ada SPM pun boleh jadi wakil rakyat. Oleh itu Adam kena ingat semasa dalam belajar, patuhilah peraturan-peraturan yang sedia ada. AUKU dalam proses perubahan sama ada akan dipinda seluruhnya, sebahagian atau tidak perlu dipinda. Itu pun bergantunglah kepada pandangan semua pihak yang ada kepentingan. Nak bubar atau nak pinda AUKU bukan minta pandangan Adam sahaja dan SMM semata-mata.
Aku juga bekas penuntut MPSI dulu. Ada AUKU tapi tak ada masalah pun jika nak cebur dalam politik. Malahan guru-guru lulusan MPSI dulu didapati lebih berwibawa dan dedikasi berbanding dengan mahasiswa keluaran UPSI dan lain-lain. Jangan marah, ini ada fakta. Lihatlah apa yang sudah berlaku di UPSI sekarang? Akibat Adam, nama UPSI sudah tercemar. Alumni MPSI tumpang rasa malu dengan kejadian tersebut. Pihak berkuasa UPSI perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap mahasiswa-mahasiswa yang melanggar undang-undang negara,  lebih-lebih lagi telah menjatuhkan imej UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan yang bersejarah dan dihormati. Adam mahu ingat, kami bekas-bekas penuntut MPSI/SITC tidak bersetuju dengan tindakan 'bodoh' dan 'hodoh' yang jelas hanya diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Perlu ingat puluh ribuan mahasiswa di negara ini tidak bersetuju dengan tindakan Adam dan SMM yang boleh dianggap tidak mewakili keseluruhan mahasiswa di universiti.

1 comment:

  1. salam ziarah dan slm perjuangan di dunia blog
    harap dpt follow dan link blog saya kembali spt yg saya dah lakukan

    ReplyDelete