"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Wednesday, 21 December 2011

SMM memang amat biadap, malu emak bapa.

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memang pun kurang ajar. Anak Melayu yang biadap. Tidak tahu menghormati pemimpin negara. Inilah mahasiswa keluaran Pakatan Rakyat. Yang suka berdemontrasi di sana sini. Inilah mahasiswa produk PR yang mahu mendapat publisiti murahan. 
Golongan mahasiswa ini ingat perjuangan mereka disokong majoriti mahasiswa lain. Sebenarnya majoriti mahasiswa tidak bersetuju cara SMM dan Bebas lakukan. Majoriti mahasiswa juga tidak suka politik kepartian masuk ke dalam kampus. Penuntut yang cemerlang penuntut yang memfokuskan kepada pengajian mereka. Kebanyakan penuntut yang terlibat secara langsung dengan parti politik mendapat skor CGPAyang begitu rendah. Dan ada pula yang terkandas. Puak-puak ini tak ingat pesanan emak bapa di rumah. Puak-puak ini tak kisah pasal pengajian universiti mereka merosot atau tidak.

 Pengerusi SMM, Abdul Syukri Abdul Razab memang biadap kerana tidak mahu memohon maaf terhadap insiden tersebut walaupun didesak pelbagai pihak. Beginilah perangai pemimpin mahasiswa di negara kita? Kita malu amat malu adanya pemimpin mahasiswa yang tidak beradab. Apakah orang akan tolong jika kita sendiri bersikap biadap dengan orang yang kita nak minta tolong? Jika beginilah caranya atau kaedahnya suatu hari orang lain juga akan bertindak cara yang serupa kepada puak-puak ini. 

No comments:

Post a Comment