Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diedarkan mulai esok di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Difahamkan satu Kadun hanya sebuah sekolah sahaja jadi pusat edaran borang tersebut. Bagi sesetengah tempat begitu jauh untuk ke sekolah berkenaan hanya untuk mengambil borang sahaja. Nanti ada yang terpaksa bercuti, atau ada yang tak turun ke laut atau terpaksa sewa teksi untuk mendapatkan borang BR1M.
UMNO Pulau Pinang telah mempermudahkan orang ramai dengan mengedarkan borang BR1M melalui Pengerusi JKKKP, wakil-wakil ADUN BN dan wakil-wakil Parlimen supaya orang ramai tidak perlu berpusu-pusu ke sekolah-sekolah yang ditetapkan oleh LHDN. Carilah rumah Pengerusi JKKKP atau wakil-wakil DUN atau Parlimen yang ada berhampiran dengan tempat masing-masing. Mereka boleh tolong dan sememangnya pun tugas mereka menolong rakyat yang memerlukan bantuan. Sebenarnya bantuan BR1M untuk semua termasuklah penyokong-penyokong tegar pembangkang. Jika dia penyokong fanatik PAS tentulah haram dia makan duit BN ini. Yang cuma jadi pengikut atau pak turut dalam PAS atau PKR rasanya tiadalah masalah untuk minta borang daripada Pengerusi JKKKP di tempat masing-masing.

Belum pun borang BR1M diedarkan, sudah kita dengar suara-suara songsang tentang duit bantuan RM500 ini. Ada yang kata duit bantuan sebanyak itu bukan dari hasil kerajaan tapi dari luar entah mana. Bila tanya entah mana, dia kata tak tahu, cuma dengar ada orang cakap. Tidak lain tidak bukan inilah kerja pembangkang yang suka menabur fitnah dan menjadikan rakyat jadi haru biru. Bantuan RM500 kepada 5.2 juta ketua-ketua keluarga dengan perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM2,600,000,000.00 atau RM2.6 bilion bukan sikit!
Jumlah perbelanjaan sebanyak RM2.6 bilion banyak tu!!! Walaupun satu keluarga cuma dapat RM500 sahaja tetapi jumlah yang dapat 5.2 juta keluarga. Banyak mana RM2.6 bilion? Perbelanjaan membina Jambatan Pulau Pinang yang pertama dulu harganya RM1000 juta atau RM1 bilion. Jika RM2.6 bilion, kerajaan BN boleh bina sekurang-kurangnya 2 buah Jambatan Pulau Pinang. Tapi kerana rakyat dari rakyat untuk rakyat, kerajaan BN bermurah hati membelanjakan sebanyak itu. Jika pembangkang bercakap pasal negara berkebajikan sebenarnya kerajaan BN sudah lama menjaga kebajikan rakyat sekaras dengan konsep 1 Malaysia: Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

No comments:
Post a Comment