Sikap dwi standard syarikat swasta milik kaum
Cina yang lebih memberi peluang pekerjaan kepada graduan Cina menafikan
hak graduan Melayu yang mungkin lebih layak mendapatkan pekerjaan
terbabit.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Bukhari A. Rahim berkata, tindakan itu juga memperlihat sikap diskriminasi dan perkauman menebal syarikat milik kaum Cina tersebut.
"Saya percaya ramai graduan terutama dalam kalangan Melayu juga
berkualiti tinggi malah kaya dengan kemahiran insaniah namun
diketepikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik sebuah
universiti awam yang mengesahkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan
Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoritinya
dimiliki kaum Cina dan asing.
Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti
pendidikan dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu
duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara
ini.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Wan Nur Hidayat Wan Muhamad
berkata, kerajaan perlu lebih tegas menguatkuasakan undang-undang bagi
memastikan setiap rakyat tanpa mengira kaum diberi peluang sama rata
untuk mendapatkan pekerjaan.
Katanya, ketika ini, penyisihan terhadap graduan Melayu terutama di
syarikat milik kaum Cina dan asing begitu ketara meskipun graduan
tersebut memiliki keputusan pendidikan setara serta merupakan lepasan
universiti sama dengan graduan Cina.
"Kementerian Sumber Manusia juga perlu menyediakan undang-undang
lebih tegas berbanding Akta Peluang Saksama yang terdapat ketika ini
bagi memastikan perkara ini tidak berlarutan," katanya.
No comments:
Post a Comment