"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Thursday, 15 November 2012

Siri Ceramah Pemidato Hebat di Teluk Kumbar!



(1) CERAMAH POLITIK ISU SEMASA


 

OLEH
USTAZ MOHD NOR DERIS
(BEKAS AJK DEWAN TERTINGGI PAS PUSAT)
TARIKH: 16 NOV. 2012 (JUMAAT)
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN PERDA TELUK KUMBAR, PULAU PINANG






(2)
CERAMAH " BERSATU UNTUK MENYELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM"
OLEH
DATO' HASAN MOHD ALI
BEKAS PESURUHJAYA PAS SELANGOR / NAIB PRESIDEN PAS PUSAT
TARIKH: 17 NOV. 2012 (SABTU)
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: DATARAN KG. SULUK, TELUK KUMBAR, PULAU PINANG

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

MENARIKNYA CERAMAH-CERAMAH INI AKAN DISAMPAIKAN OLEH PEMIDATO YANG MEMANG HEBAT DARI MANTAN PEMIMPIN PAS SENDIRI. TOKOH-TOKOH INI BUKAN CALANG-CALANG ORANG. MEREKA BUKAN KETUA CAWANGAN PAS, DAN BUKAN JUGA KETUA KAWASAN PAS BALIK PULAU SEBALIKNYA TOKOH-TOKOH INI PERNAH MEMEGANG JAWATAN TERTINGGI PAS PUSAT BEBERAPA TAHUN LAMANYA. 
ELOKLAH KITA UMAT ISLAM JANGAN KIRA PARTI, MENGHADIRKAN DIRI UNTUK MENCARI KEADILAN DAN KEBENARAN DALAM MENGHADAPI CABARAN PRU 13 AKAN DATANG!

Tuesday, 2 October 2012

Ini jawapan fitnah terhadap GAPS!

Pakatan Haram terutamanya di Selangor sudahpun mula panas dengan pembongkaran-pembongkaran yang dilakukan oleh Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah membuat strategi kotor mereka dengan memfitnah GAPS. Fitnah berkenaan disiarkan di Selangor Kini, sebuah buletin Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan wang Rakyat. Berikut adalah jawapan balas yang diberikan oleh Saudara Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS yang juga merupakan sahabat blogger terawal yang CTS kenali.
Khabar Fitnah, Tohmah dan Mehnah terhadap GAPS
Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor.
Terbaru ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan pkr Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guaman saya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.
Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen pkr yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan. Yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen pkr ini.
Saya amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media. Tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkan saya agar saya tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.
Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat.
Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.
Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan dimahkamah.
Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).
Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi “budak suruhan politik” yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.
Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim.
Yang Benar
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 Okt 2012

Monday, 10 September 2012

Sin Chew Daily bikin DAP jadi hot!



Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’ Sinchew Daily 28 Ogos 2012.
Sumber: GAP

Sunday, 19 August 2012

Warkah ahli PAS kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa

SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA
UNTUK USTAZ NASHA!!!
by : aloq laloq.

Assalammualaikum,

Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh  bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.

Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat  namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita.

Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah.  Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia  bernama Karpal Singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi  sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu.

Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini.

Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan PAS ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar.

Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu DAP!

Amin Ya Rabbal Alamin.
Asalammualaikum.

Sunday, 8 July 2012

Salahkan UMNO kerana pemimpin UMNO tak turun padang!

UMNO jadi sasaran. Semua disebabkan UMNO. Dahi Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang luka dan berpelaster juga salahkan UMNO/BN. Anwar Ibrahim dituduh meliwatkan Saiful juga kerja UMNO. Pintu pejabat DAP Pulau Pinang terbakar juga salahkan UMNO. Demontrasi-demontrasi jalanan NGOs di Pulau Pinang juga salahkan UMNO. Malahan tindakan pihak PDRM meleraikan peserta-peserta demontrasi Bersih 3.0 baru-baru ini juga salahkan UMNO. Pertemuan jam 3.00 pagi di salah sebuah bilik hotel di Kuantan Pahang antara ustaz Badrol Amin dengan isteri orang juga dikatakan konspirasi UMNO.
Jadi pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah PM sendiri, tiada kerja lain. Setiap masa pemimpin UMNO dan BN asyik membincangkan apakah tindakan atau perbuatan provokasi seterusnya untuk menjatuhkan maruah pemimpin PAS, DAP dan PKR. Yang peliknya, pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa pula turun padang berjumpa rakyat. Masa mana pula pemimpin-pemimpin UMNO/BN duduk merancang konspirasi?
Jika tuduhan konspirasi itu dihala kepada pemimpin PAS, DAP dan PKR rasanya lebih tepat. Kerana apa? Selepas PRu12 dulu, kebanyakan pemimpin dan wakil rakyat pembangkang tak turun padang. Kebanyakan mereka berceramah politik sepanjang hari. Hidup mati mereka kerana politik. Malahan PAS sanggup meninggalkan tugas dakwah sebaliknya mengejar ke Putarajaya. Golongan ulamak dalam PAS sudaj jadi bingung dengan dasar perjuangan PAS yang selalu berubah-ubah. Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan sendiri dengan berani menegur PAS dan mengingatkan PAS agar kembali kepada perjuangan asal. Utamakan dakwah bukan Putrajaya tu! Orang ramai terutama orang Melayu mesti sedar bahawa PAS tak mampu memimpin DAP atau mentarbiah DAP sebaliknya DAP yang berjaya mertabiah PAS hingga PAS sanggup mengorbankan prinsip perjuangan PAS asalkan pemimpin PAS sama-sama memerintah Malaysia. Fikirlah baik-baik demi masa depan bangsa, agama dan negara!

Friday, 22 June 2012

Keluarga Memali perlu pembelaan dari pimpinan PAS!

Pas tidak layak bercakap mengenai hasrat menubuhkan negara berkebajikan sekiranya nasib serta masa depan 14 keluarga yang terlibat dalam peristiwa Memali masih belum mampu dibela sehingga kini.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kubur yang menempatkan jenazah mereka yang terbunuh dalam peristiwa itu juga terbiar dan tidak terjaga.
Malah, apa yang lebih menyedihkan katanya, tabung Memali yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit bagi menjaga kebajikan balu-balu di Memali tidak sampai kepada pihak sepatutnya.
"Perkara ini didedahkan sendiri seorang aktivis Pas yang dipanggil Cikgu Non atau nama penuhnya Zainon Ismail atau juga dikenali dengan nama pena, C.N Al-Afghani.
"Beliau pernah mengarang sebuah buku bertajuk Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali, namun buku ini dihalang penjualannya oleh Pas berikutan pendedahan yang dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Debat Rakyat: Menentang Amalan Jahiliah di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, malam tadi.
Buku tersebut mengundang kontroversi apabila penulisnya mendedahkan wujud penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh Pas.
Akibatnya, seperti ada arahan rasmi buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010.
Menyentuh isu sama, Zulkifli turut mempersoalkan taraf mati syahid yang dianugerahkan pemimpin Pas ketika itu kepada Ibrahim Libya serta rakan-rakannya yang terbunuh dalam peristiwa tersebut.
Katanya, ekoran pengiktirafan 'mati syahid' itu, jenazah Ibrahim Libya serta rakan-rakannya yang lain tidak dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Sedangkan tambah beliau, Ibrahim Libya turut membunuh anggota polis yang seagama dengannya dalam peristiwa tersebut.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli meminta rakyat menolak kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sememangnya tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Seperti saya katakan sebelum ini, Anwar merupakan penyokong fahaman pluralisme yang mana ia jelas bertentangan dengan Islam serta pendirian Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
"Anwar juga sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Ia menjadi sebab mengapa saya menentang beliau dan kemudian terus dipecat daripada parti," katanya.
Berdasarkan fahaman pluralisme, Zulkifli berkata, Anwar pernah menyatakan bahawa semua agama di dunia ini adalah sama.
"Kenyataan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada agama lain yang boleh mengatasi Islam dan itu jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis.
"Agama di sisi Allah SWT hanya Islam sahaja," katanya.