"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Sunday 22 September 2013

Kenapa orang Melayu yang susah jadi bodoh sombong?

Akhbar Cina memang cuba menimbulkan elemen perkauman setelah DS Najib melancarkan Program Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Menggambarkan seolah-olah kerajaan BN hari ini terus meminggirkan orang Cina. Begitu juga suatu masa dahulu dan hari ini pun pembangkang masih menyatakan DEB tidak adil kepada kaum bukan bumiputera. 

Jika kita lihat semua program atau dasar kerajaan sebutlah apa sahaja akan menguntungkan kepada orang Cina. Ada pula program-program kerajaan ditentang terus oleh kaum Cina hingga kerajaan gagal melaksanakannya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan kerajaan pada tahun 1971, masih belum mencapai matlamat sekurang-kurangnya golongan bumiputera memiliki ekuiti sebanyak 30%. Sebaliknya ekuiti Bumiputera menguncup sementara pemilikan ekuiti bukan bumiputera melonjak. Apakah kaum Cina masih merasakan bahawa kerajaan BN menganaktirikan mereka. Apakah dasar kerajaan BN telah merampas hakmilik perniagaan atau industri kaum Cina untuk diberikan kepada kaum Bumiputera?

Dalam masyarakat berbilang kaum sewajarnya kek ekonomi dibahagikan secara seadilnya. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan menghapuskan kemiskinan rakyat menjadi teras dalam DEB. Salahkah jika kaum Bumiputera jadi usahawan dan seterusnya jutawan? Apakah usahawan hanya milik satu kaum Cina sahaja di Malaysia ini? Ingatlah negara tidak akan aman, rakyat tidak akan dapat hidup aman dan damai sekiranya rakyat di kalangan pelbagai kaum tidak berpuashati antara satu sama lain. Berlaku peristiwa 13 Mei 1969 antara sebabnya timbul ketegangan di antara kaum.

Kepada kaum Cina dan juga sekelompok Melayu yang masih lupa dan lalai yang menentang DEB dan program Memperkasakan Ekonomi Bumiputera/Melayu supaya berfikiran lebih matang. Umpamanya kenaikan harga minyak disebabkan oleh tindakan kerajaan tidak memberi subsidi harga minyak selari dengan dasar merasionalisasikan subsidi harga minyak kerajaan. Pun ada orang yang susah dan berpendapatan rendah hanya ada sebuah motor kapcai yang melompat-lompat lebih bila harga minyak naik 20 sen. Maki kerajaan zalim kerana kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu. Ditokok tambah pula oleh orang2 Cina yang kebanyakan kita tahu dah senang dan kaya mengapi-apikan orang Melayu di kampung supaya benci kepada kerajaan.

Wahai orang-orang Melayu yang masih bodoh dan bingong! Kenapa kita ini jadi bodoh sombong? Ingatlah DS Najib itu bangsa apa dan agama apa? Yang susah itu bangsa apa dan agama apa? Yang banyak kereta, lori, bas van, kapal laut, bot-bot nelayan dan sebagainya siapa punya? Sebuah kereta ada tak kurang 5 buah kereta mewah siapa punya? Fahamlah subsidi itu sebenarnya bantuan. Bantuan biasanya kepada orang yang susah. Tapi subsidi minyak itu kepada siapa yang banyak menggunakan minyak. Inilah sebab kerajaan tidak lagi memberi subsidi minyak kerana yang akan dapat subsidi minyak berbillion ringgit setahun sebenarnya bukan kepada golongan yang susah sebaliknya kepada mereka yang kaya dan senang.

Sudah pasti kerajaan BN akan ada mekanisme lain untuk mengurangkan tekanan hidup golong berpendapatan rendah melalui bentuk bantuan yang lain seperti BR1M. Kemungkinan besar Belanjawan 2014 nanti yang akan dibentangkan oleh DS Najib sendiri akan menaikkan bantuan BR1M daripada RM500 mungkin kepada RM1000 atau lebih. Dan mungkin juga kelayakan pendapatan menerima BR1M dinaikkan dari RM3000 sebulan kepada RM3500/RM4000. Inilah kebijaksanaan kerajaan BN, jangan kita orang Melayu sentiasa jadi bodoh. Ingatlah bodoh makanan kepada orang yang cerdik. Siapa yang cerdik sudah tentu orang Cina lebbih cerdik kerana golongan minoriti boleh memerintah Pulau Pinang dan golongan minoriti lebih berkuasa kerana kita orang Melayu berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Wallahu alam!.