"SELAMAT DATANG KEPADA PEMINAT-PEMINAT BLOG POLITIK TANAH AIR. MOHON JOIN BLOG INI KLIK PADA FOLOWWERS, T.KASIH"

Tuesday 31 January 2012

Tarian bogel di Georgetown: Apa kata Malik Kasim, Exco Agama kerajaan PR Pulau Pinang?

Tarian seksi cetus kontroversi
Wartawan Sinar Harian
30 Januari 2012
Tarian seksi cetus kontroversi
GEORGETOWN – Menari sehingga separuh bogel, itulah kegiatan yang dipercayai dilakukan sebuah pusat hiburan di sebuah Jalan Upper Penang.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan oleh penulis blog MyNewsHub dalam laman blognya.

Dipercayai pusat hiburan yang terletak di bersebelahan sebuah hotel popular di Georgetown menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi atau Sexy Dance Competition.

Tidak ketinggalan, penulis blog itu juga memuat masuk beberapa video yang memaparkan gadis-gadis menari dalam keadaan separuh bogel di lobi tarian kelab itu.

Kelab berkenaan dipercayai beroperasi di Upper Penang Road menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis itu dipilih untuk ke peringkat akhir.

Dalam blog berkenaan, penulis memberitahu tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang.

“Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.

“Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam sebelum beraksi di atas pentas, ala-ala ‘Thai girl show’ di Thailand.

“Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang ‘hebat’nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari,” katanya.

Rata-rata pembaca blog berkenaan mengutuk tindakan acara berkenaan yang diadakan di sebuah negara Islam.

Ada di antara yang meminta supaya pihak berkuatkuasa segera mengambil tindakan segera walaupun ia hanya disertai oleh orang bukan Islam.

“Saya percaya pasti ada orang Islam juga yang masuk ke kelab berkenaan kerana ia hanya terbuka kepada sesiapa, dan sekiranya kita memandang isu ini secara ringan dan mudah pasti ALLAH akan menurunkan bala sama seperti tsunami,” komen seorang pembaca.

Tidak kurang ada yang mengkritik acara sedemikian rupa hanya berlaku di Pulau Pinang sebaliknya bukan di Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru.

“Rasa-rasanya tiada acara berbogel sebegini di Kuala Lumpur walaupun pub dan kelab malam berlambak di sana.

“Ini kerana ada pihak yang cuba pejam mata sedangkan ia sudah terdedah di laman web, dan seluruh masyarakat dunia boleh membuka video berkenaan, ini memalukan negara Islam,” kata seorang pembaca.

Wednesday 25 January 2012

PAS memang sanggup diperkudakan oleh PKR dan DAP!

Masih ingat aku apa kata Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang, " PAS rela diperkudakan oleh PKR dan DAP daripada diperlembukan oleh UMNO". Kata-kata yang tidak sukar untuk difahami oleh rakyat. Erti kata lain, PAS sanggup dibuat apa sahaja oleh DAP dan PKR. Nak tidur terlentang atas jalan raya biarlah orang-orang PAS yang buat. Lihatlah siapa yang menjuarai para demontrator Bersih 1.0 dan Bersih 2.0? Bukankah kebanyakannya penyokong-penyokong PAS? Berapa kerat penyokong-penyokong DAP? Berapa ramai pula penyokong-penyokong PKR?

Masih tak nampak lagi. Cuba lihat pula pemerintahan regim DAP di Pulau Pinang. Semasa BN mentadbir negeri, wakil rakyat tunggal MIC telah dilantik sebagai exco dalam kerajaan negeri. Tapi semasa regim DAP memerintah negeri, wakil rakyat tunggal PAS tidak pun dilantik sebagai exco. Kenapa BN boleh dan kenapa kerajaan PR tidak boleh? Ini bermakna PAS sanggup diperkudakan oleh DAP. Lihat musim pilihanraya yang lalu, bukankah jentera pilihanraya PAS yang lebih kuat bekerja daripada jentera pilihanraya PKR dan DAP?

Tak nampak lagi cuba kita lihat di Selangor. Baru-baru ini Dato Hassan Ali bekas exco dari PAS telah digugurkanm menjadi ahli PAS. Sekali gus jawatan exco agama yang dipegangnya juga digugurkan tapi MB Selangor telah melantik dirinya sendiri. Apakah tiada calon PAS yang layak untuk menggantikan tempat Dato Hassan Ali? Mengapakah pemimpin PAS Selangor mahupun PAS Pusat begitu bingung? Wakil rakyat PAS dilantik sebagai exco hal ehwal Melayu dansebaliknya MB Selangor (PKR) memegang potfolio agama Islam. Anih tapi itulah kenyataan bahawa PAS sanggup doperkudakan oleh DAP dan PKR.

Pemimpin PAS perlu jawab kenapa jadi begitu? Benarkah PAS sudah tidak sehebat semasa zaman Ustaz Fadzil Noor jadi presiden. Perjuangan PAS semakin tersasar, lesu dan keliru. Di tempat saya sudah ada suara sumbang dari pemimpin PAS sendiri mahu meninggalkan PAS sebaliknya menawarkan diri menjadi ahli UMNO dan bekerja untuk UMNO dalam PRU13 akan datang. Sejak PAS-DAP-PKR bersatu sebagai Pakatan Rakyat, sejak itulah orang Melayu semakin hilang keyakinan kepada PAS. Di sana sini secara terbuka dan diam-diam, ramai ahli-ahli PAS mengisytihar diri keluar PAS dan menyertai UMNO. Jika anda ahli PAS mahu diperkudakan oleh DAP dan PKR, duduklah dalam PAS hingga suatu ketika nanti anda akan diperlembukan pula oleh mereka. Fikirlah....sebelum terlambat.